Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa didatangi empat remaja lelaki yang menyamar pelanggan dan berpura-pura mahu membeli barangan.
Beliau berkata, dia pada mulanya mengesyaki sesuatu apabila melihat tindak-tanduk mereka yang mencurigakan namun mendiamkan sahaja sebelum remaja itu datang ke arahnya membawa beberapa barangan runcit.
“Seorang daripada mereka menyeluk tangan dalam begnya sebelum mengeluarkan sebilah parang dan menetak tangan saya.
“Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan remaja yang melihat saya kesakitan membuka laci sebelum mereka mengambil wang dan kad tambah nilai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Selayang, semalam.
Menurutnya, ketika itu, remaja terbabit turut menggertak pelanggan lain yang ingin masuk dalam kedai dengan parang menyebabkan mereka tidak berani masuk dan melarikan diri.
“Mujur ketika itu, rakan niaga saya melalui kawasan itu menjerit meminta tolong menyebabkan semua remaja terbabit melarikan diri.
“Rakan membawa saya ke Hospital Selayang untuk rawatan. Bagaimanapun, saya mendapatkan rawatan di Sime Darby Medical Centre Subang Jaya (SDMC) dan menerima 15 jahitan di tangan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.
sumber : myMetro
0 comments:
Post a Comment