Korang tahu tak bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirehatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh menbuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri. Jadi? Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.
Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah korang mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu. Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirehat selama 5 jam saja. Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular. Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya ini akan membuat detak jantung korang tidak normal.
Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh. Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan mengganti sistem imune. Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur.
Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
Bagaimana Mendapatkan Tidur Yang Sihat?
1. Persiapkan diri korang dengan memastikan korang dalam keadaan tenang dan santai sebelum tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari muzik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu korang bersiap-siap untuk tidur.
2. Pastikan korang mentaati jadual rutin korang dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap harinya. Tubuh korang akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan tidur yang lena. Pastikan bilik tidur korang dingin dan nyaman.
3. Jika korang menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil untuk bersiap tidur, sebaiknya lakukan sesuatu perkara yang dapat membuat korang rileks. Akan tetapi jangan lakukan diatas kasur. Berada di katil saat terjaga malah meningkatkan kekhuatiran korang tak boleh tidur.
4. Bersenam boleh membuat korang tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat korang rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat tenaga dalam tubuh meningkat.
5. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur korang.
Misteriousgrapersz
0 comments:
Post a Comment