Parkir ‘Special’ Untuk Wanita Di China



Kalau di Malaysia, satu kemudahan telah disediakan kepada golongan wanita seperti menyediakan satu gerabak khas wanita atau ‘Ladies Coach’ bagi perkhidmatan komuter KTM.
Kemudahan itu diberikan bagi membendung kadar jenayah yang meningkat melibatkan wanita dari semasa ke semasa.
Dengan adanya kemudahan itu, mudahlah untuk golongan wanita menjaga diri mereka dan mengelak dari gangguan seksual yang tidak diingini dari berlaku.
Tetapi di China, penyediaan kemudahan kepada golonga wanita memang boleh dikatakan ‘extradordinary’.
Di wilayah Tianjin, sebuah pusat membeli-belah telah menyediakan tapak parkir ‘special’ berwarna ‘pink’ hanya untuk wanita.
Tapak parkir itu disediakan khas betul-betul di hadapan pintu masuk pusat membeli-belah itu.
Semuanya adalah untuk memudahkan mereka untuk membeli-belah di sana.
Comel juga!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story