Itu dua perkataan yang penulis mampu ungkapkan selepas menonton satu video berjudul ‘My prayes to the mosque is my life’ di laman You Tube.
Seorang lelaki tua, Abdullah Al Asiri, 77, adalah seorang yang lumpuh dari paras pinggang ke kaki sejak dia dilahirkan.
Walaupun mengalami kecacatan yang kekal itu, satu sahaja perkara yang Abdullah tidak pernah lupa untuk lakukan.
Setiap hari, Abdullah akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid.
Bayangkan kalau Abdullah yang sudah tidak mempunyai kaki untuk bergerak dan hanya mengesot untuk ‘berjalan’ seperti manusia normal dalam kehidupan seharian untuk pergi menunaikan solat, kita yang lengkap mempunyai dua kaki macam mana pula?
Semoga, paparan video ini memberikan kesedaran kepada kita untuk sentiasa mengingati akan pentingnya tujuan kita hidup di muka bumi Allah S.W.T ini adalah untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.
Dan haruslah kita untuk sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan rezeki dan limpahan rahmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita.
InshaAllah.
0 comments:
Post a Comment