HABUAN RM 1 JUTA UNTUK SHILA AMZAH



HABUAN RM 1 JUTA UNTUK SHILA AMZAH | Berita Artis - Juara Asian Wave 2012, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, bukan hanya mengharumkan nama negara tetapi habuan yang diterimanya bernilai lebih RM 1 Juta.

Menurut Shila, dana berkenaan adalah dalam bentuk rakaman album, konsert, promosi dan pelbagai aktiviti yang merangkumi kerjayanya sebagai penyanyi di negara Tembok Besar itu. 

"Sejujurnya, Shila tidak terfikir tentang hadiah. Shila hanya mahu mengharumkan nama negara dan menyertai pertandingan ini. Shila pun mahu berjumpa dengan rakan kenalan yang baru. Setahu Shila, Shila akan menerima sejumlah wang dana yang masih belum diketahui nilainya. 

"Pun begitu, Shila dimaklumkan pihak penganjur bahawa hadiah itu bernilai lebih sejuta ringgit. Hanya esok (22 September) Shila akan ketahui hadiah sebenar kerana Shila akan berunding dengan pihak penganjur. Apapun, Shila bersyukur dengan kemenangan ini ," ujar Shila Amzah berikutan kemenangan itu. sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story