SHILA AMZAH DIGELAR SUPERSTAR OLEH JURI ASIAN WAVE



SHILA AMZAH DIGELAR SUPERSTAR OLEH JURI ASIAN WAVE | Berita Artis - Persembahan memukau artis tanah air, Shila Amzah pada pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri dan penonton. Malah, salah seorang juri, Eric Moo melabelkan Shila sebagai seorang superstar kerana berjaya membuatkan penonton rasa meremang.

"Saya berjanji akan mencari jalan agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar," ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegini akan terpancul dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

"Ya, saya tidak terfikir Eric boleh mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi," ujar Shila.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story