Ayu Raudhah dan Zaquan Adha menimbulkan niat untuk berbaik-baik dengan Rita Rudaini, hari ini Rita tampil di Harian Metro meluahkan isi hatinya yang terpendam. Sangat terkejut apabila Rita memberitahu yang dirinya disamakan dengan anjing menyalak oleh Ayu dan Zaquan.
Ini semua terjadi artikel tentang Rita yang sering kali diterbitkan setiap hujung minggu oleh sebuah suratkhabar. Kata Rita:-
Ada orang sampaikan kepada saya, mereka suami isteri mengata kenapa anjing ni selalu menyalak setiap hari Ahad? Sumber itu memaklumkan, pasangan berkenaan memang tujukan kepada saya selepas sumber itu sendiri bertanya kepada mereka. Tapi saya tak kisah pun, suka hati mereka nak kata apa sebab mereka ada mulut. Saya tidak rugi apa-apa. Lagi saya dihina lagi besar pahala saya dapat. Namun, apa yang sangat disesalkan Aidil tak nampak pula kesalahan mereka berdua.
Kalau benarlah Ayu dan Zaquan berkata sedemikian, itu memang melampau. Namun perkara ini harus disiasat terlebih dahulu sebab Rita pun mendengar daripada mulut orang lain. Kadang-kadang ada sesetengah manusia memang suka menyemarakkan lagi api yang sudah menyala. Tak ke gitu?
Dan menerusi artikel Harian Metro hari ini juga, Rita Rudaini dengan panjang lebarnya menerangkan tentang kontroversi statementnya di Twitter. Malah Rita sempat memberi nasihat kepada suaminya juga. Kalau Aidil terbaca, pasti akan terasa insaf sekejap. Kata Rita:-
Berhubung kontroversi yang sedang berlaku, ia bermula dengan kisah skandal Aidil dan Jue, disusuli pula pertuduhan kononnya saya menuduh Ayu menjadi orang tengah yang memperkenalkan Aidil kepada Jue, sekarang ini, kenyataan saya di twitter pula disalah tafsir. Dalam situasi yang berlaku, Aidil sepatutnya menjadi pendamai kerana dia suami saya. Saya tak kisah Aidil cuba mempertahankan adik iparnya Ayu mahupun Jue sekalipun, tapi Aidil seharusnya memohon kepada pihak media mahupun pihak tertentu supaya tidak mengganggu hidup saya yang terpaksa mencari rezeki dan siang malam demi menjaga anaknya sendiri. Walaupun sudah tiada lagi cinta, bukan bermakna dia sewenangnya membiarkan saya terus-terusan diperkotak-katikkan. Janganlah tindas saya sesuka hati! Sebagai suami dia tidak berbuat sesuatu yang boleh meredakan keadaan. Malah, kenyataannya dengan jelas berat sebelah dan hanya membakar keadaan. Apabila anaknya sendiri besar nanti dan kalau mereka terbaca kisah kontroversi pernah melanda kami, saya bimbang ia membakar kebencian anak terhadap dirinya sendiri yang tidak pernah sedikitpun cuba mempertahankan saya sebagai ibu mereka, tetapi lebih sedia membela orang lain yang menghancurkan rumah tangga kami.
Ada benarnya juga kata-kata Rita itu. Namun apa yang membimbangkan Abang Nara ialah kekerapan cerita Rita, Aidil, Zaquan dan Ayu terpampang di surathabar sudah terlalu banyak. Ini boleh menimbulkan rasa kurang senang peminat mereka. Mungkin dulu memang simpati namun lama-lama kelamaan boleh buat orang rasa muak. Jadi ada baiknya keempat-empat mereka ini berdiam diri dan cuba menyelesaikan pertelingkahan dengan bersemuka. Bacaan lanjut di Harian Metro.
0 comments:
Post a Comment