Rumah Agam Milik Pencipta iPhone Di San Francisco



Jonathan Ive, Naib Presiden Apple Inc. yang merupakan orang penting dalam menghasilkan reka bentuk perindustrian yang dikreditkan untuk produk Apple seperti iPod, iPhone dan produk-produk dari syarikat lain, baru-baru ini dilaporkan telah membeli sebuah rumah agam yang hebat di San Francisco.

Ive dilaporkan telah membeli rumah agam tersebut pada harga US$17 juta . Rumah yang dibina pada tahun 1927 telah dijaga dengan baik dan telah dibina dengan menggunakan batu-bata pada permukaan hadapan rumah serta terletak di salah satu kawasan yang paling eksklusif di bandar ini.

Rumah yang mempunyai keluasan 675 meter persegi (7274 kaki persegi) mempunyai 6 bilik tidur, 8 bilik mandi, 6 tempat pendiangan, perpustakaan yang berdinding kayu oak, taman di halaman rumah dan menawarkan pemandangan di San Francisco Bay yang menakjubkan.










0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story