PARIS – Kerabat diraja Britain hari ini berusaha untuk mempertahankan isteri Putera William, Catherine Middleton berhubung penyiaran gambar mendedahkan dada di balkoni istana Perancis dengan menfailkan aduan jenayah terhadap majalah yang menyiarkan gambar berkenaan.
Satu keputusan mahkamah dijangka hari ini tadi atas permintaan pasangan itu untuk mendapatkan injuksi melarang penerbitan atau jualan semula gambar berkenaan. Peguam keluarga diraja berkenaan berkata gambar berkenaan diambil ketika waktu intim dan bukan di tempat awam.
Tindakan undang-undang itu dilakukan susulan sebuah majalah Itali menerbitkan gambar kabur separuh bogel Catherine dalam edisi istimewa dengan tajuk muka depan: “Ratu bogel!” – AFP
0 comments:
Post a Comment