Sekarang ini, tidak dinafikan wajah pelakon wanita, Izreen Azminda banyak menghiasi kaca televisyen.
Izreen banyak membintangi drama-drama tempatan.
Terbaru, Izreen kerap muncul dalam drama Cinta Qaseh di saluran TV3 dan Sehangat Asmara di Astro Mustika HD.
Itu mengenai kerjaya seninya yang sudah semakin berkembang.
Mengenai kehamilannya, usia kandungan Izreen sudah pun menjangkau usia 4 bulan.
Menerusi laman profil Instagramnya, Izreen berkongsi gambar kandungannya ketika ini.
Nampaknya, Izreen sudah pun ada ‘baby bump’!
Izreen juga memberitahu dia kini mudah jatuh sakit.
Apa-apa pun, didoakan semoga kesihatan Izreen sentiasa dalam keadaan baik sehingga selamat melahirkan bayi sulungnya.
Amin!
Oleh: NAIMAH SHAARI
Foto: Instagram Izreen Azminda
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment