Nora Danish Sudi Bercuti Sekali Dengan Fasha Sandha


Nora Danish Sudi Bercuti Sekali Dengan Fasha Sandha – Apabila terlerainya sebuah ikatan perkahwinan tidak beerti kasih sayang keluarga mertua terhadap bekas menantu dan juga cucunya berakhir, perkara sedemikian dirasai sendiri oleh pelakon jelita, Nora Danish meskipun telah bercerai dengan bekas suaminya tetapi masih tetap mendapat perhatian daripada keluarga bekas suaminya.
Nora Danish Sudi Bercuti Sekali Dengan Fasha Sandha
Menurut Nora, meskipun perkahwinan beliau dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih di kenali sebagai Jejai sudah lama berakhir tetapi hubungan silaturrahim antara beliau dan anaknya, Rayqal dengan keluarga bekas suaminya masih seperti sedia kala.
“Saya masih tetap dilayan baik oleh keluarga bekas suami dan kami anak beranak akan bercuti bersama-sama pada setiap hujung tahun.”
Tambah bekas menantu Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah berkata, seperti yang sedia maklum Jejai sudahpun berkahwin dengan Fasha Sanda tetapi andai suatu hari nanti beliau diajak bercuti bersama keluarga tersebut dan di sertai oleh Jejai dan Fasha beliau tidak kisah.
“Kalau Fasha ada sekalipun saya okay je. Saya yakin perkara sebegini berkemungkinan besar akan terjadi. Walaupun saya hanya bekas menantu tetapi hubungan saya dan anak terlalu akrab dengan keluarga di sana,” ujar pelakon kecil molek ini.
Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Nora sengaja merapatkan diri dengan keluarga bekas mertua adalah tidak benar sekali.
“Dari awal lagi kami memang rapat, malah anak saya merupakan cucu sulung mereka. Memang mereka terlalu memanjakan Rayqal,  jadi setiap hujung tahun mesti keluarga sana mengajak saya dan anak pergi bercuti. Kalau mereka tak ajak, takkan nak suka-suka ikut mereka” ujarnya.
Oleh: MyArtis.My

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story