Sharnaaz Ahmad Mahu Bersemuka Dengan ND Lala – Hari ini dunia hiburan dikejutkan dengan kenyataan balas Nd Lala melalui akhbar Metro terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh kekasih anaknya, Sharnaaz Ahmad. Kini, pelakon filem Juvana itu tampil membuat penjelasan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa Shila yang menganggap beliau seorang yang biadap.
Sharnaaz Ahmad berkata, beliau tiada masalah dan sudah bersedia untuk berhadapan dengan bapa kekasih hatinya, Shila Amzah itu pada bila bila masa sahaja namun beliau menyatakan bahawa Nd Lala sering mengelak untuk bertemunya.
“Kalaulah dia (Nd Lala) asyik lari saja, macamana saya nak berjumpa dengan beliau. Jadi janganlah nak pusing cerita.”
“Dia cakap saya ini biadap tetapi dalam hal macam ni kenalah saling hormat menghormati. Tak kira muda atau tua yang penting saling menghormati.”
Jelas Sharnaaz lagi, ibu bapanya juga berasa terkilan setelah membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Nd Lala itu.
“Kalaulah saya nak pergi merisik atau meminang mestilah bawak mak dan ayah sekali tak kan nak pergi sorang pulak.”
“Mungkin sebelum ini tidak pernah ada yang berani melawan dia dan merasakan apa yang dia lakukan semuanya adalah betul belaka, tetapi bila benda itu salah kita kenalah betulkan tidak kira tua atau muda,” ujar Sharnaaz.
Tambah pelakon ini, walaupun apa yang sedang berlaku pada masa ini beliau tidak berputus asa untuk meneruskan hasratnya menjadikan Shila Amzah sebagai permaisuri hidupnya.
Oleh: MyArtis.My
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment