Ning Baizura Lahirkan “Baby Boy” Di Hari Ulang Tahun Perkahwinannya


Ning Baizura Lahirkan “Baby Boy” Di Hari Ulang Tahun Perkahwinannya - Tahniah diucapkan kepada penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura dan suami tercinta, Omar Sharif Christopher Layton Dalton apabila menyambut kelahiran anak pertama pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Ning Baizura Lahirkan Baby Boy Di Hari Ulang Tahun Perkahwinannya
Menurut pengurus penyanyi ini, Ning selamat melahirkan bayi lelaki sekitar jam 3.06 pagi di sebuah hospital di Kuala Lumpur pagi tadi.
Tambah pengurusnya lagi, kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan beliau mewakili Ning mengucapkan terima kasih di atas segala doa dan sokongan peminat Ning di luar sana.
31 Januari nyata memberi kegembiraan berganda buat Ning dan Omar yang menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka pada hari ini.
Untuk pengetahuan anda semua, pasangan ini telah bernikah pada 31 Januari 2008 lalu.
Oleh: MyArtis.My

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story