Norish Karman Jelaskan Dakwaan Cuba Rampas Suami Orang


Norish Karman Jelaskan Dakwaan Cuba Rampas Suami Orang - “Takkan saya sanggup meruntuhkan mahligai mereka sedangkan saya sudah menganggap mereka itu seperti keluarga saya sendiri,” demikianlah luahan kekecewaan Norish Karman aka NK yang dikatakan cuba merampas suami orang.
Norish Karman Jelaskan Dakwaan Cuba Rampas Suami Orang
Menurut NK, beliau sangat rapat dengan wanita tersebut dan juga anak-anaknya yang di anggap kakak beliau sendiri berbanding dengan suami wanita itu.
“Saya juga tidak mengerti mengapa wanita tersebut mengaitkan saya dengan suaminya sedangkan kami memang tidak rapat. Kalau dengan anak-anaknya, ya memang kami rapat sehingga mereka anggap saya ni seperti ibu mereka sendiri.”
“Mungkin kenyataan tersebut dibuat kerana iri hati wanita tersebut dengan saya memandangkan anak-anak wanita terbabit lebih rapat dengan saya berbanding dengan ibunya sendiri,” ujarnya.
Tambah pelakon ini, disebabkan perkara sebegini hubungan beliau dan keluarga tersebut telahpun berakhir dan memandangkan pada masa ini beliau sukar menerima tawaran berlakon beliau cuba fokus kepada bidang nyanyian pula.
Oleh: MyArtis.My


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story