Najib Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu AS, Trump

Najib Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu AS, Trump

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada calon Parti Republikan, Donald Trump atas kemenangannya yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45.

Najib dalam satu kenyataannya menyatakan kemenangan Trump adalah disebabkan mendengar rayuan rakyat yang mahu melihat AS kurang mencampuri hal ehwal luar negara.
“Pendekatan beliau terhadap rakyat AS yang ketinggalan, mereka yang ingin melihat kerajaan lebih tertumpu kepada kepentingan dan kebajikan rakyat.
“Juga kurang mencampuri hal ehwal asing yang terbukti membelakangkan kepentingan AS sendiri, berjaya membawa Trump ke Rumah Putih,” katanya.
Trump
Dalam kenyataan itu, Najib turut menyifatkan bahawa kejayaan Republikan dalam pilihan raya kali ini ‘luar biasa’ di mana, Trump membuktikan amalan pengundian pendapat dan ulasan media ternyata adalah salah.
“Kejayaan Trump menunjukkan ahli-ahli politik tidak boleh ambil mudah pengundi. Undian pendapat dan tokoh-tokoh politik, semua memandang ringan atas kekuatan sokongan beliau,” katanya lagi.
Pada akhir ucapannya, Najib berharap dapat meneruskan kerjasama negara ini dengan AS di bawah pimpinan Trump sekali gus mengimpikan peluang untuk bertemu dengan jutawan terkenal itu. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story