IA merupakan situasi yang memberikan tekanan terutama kepada kaum wanita. Bayangkan jika anda membuka pintu almari kaca itu, pinggan dan mangkuk kaca di dalamnya akan jatuh berderai satu persatu.
Bukankan ia akan hanya membazirkan wang apatah lagi jika pinggan tersebut adalah jenis mahal?
Namun Itu yang dialami oleh seorang wanita, yang meminta netizen memberikan pandangan bagaimana untuk membuka pintu almari dan pada masa sama menyelamatkan pinggan dan mangkuknya daripada jatuh satu persatu.
Identiti dan lokasi wanita itu bagaimanapun tidak diketahui.
Dia telah meminta bantuan netizen dengan memuatkan gambar itu di dalam Facebook dan tidak lama kemudian, beribu-ribu idea dan cadangan diterimanya terutama bagaimana untuk menyelamatkan pinggan dan mangkuk terbabit.
Ada yang menasihatkannya supaya pecahkan cermin almari di sebelah kanan dan kemudian dia boleh menggunakan tangan untuk mengambil pinggan terbabit.
“Letakkan selimut tebal atau suruh sesiapa menggunakan selimut itu untuk menahan pinggan berkenaan daripada jatuh ke lantai ketika membukanya,’’ itu antara reaksi yang diterimanya.
Tidak kurang pula yang melihat situasi yang dialami wanita berkenaan sebagai satu peluang untuk mendapatkan wang.
“Jualkan (gambar) kepada galeri seni dan namakannya sebagai “Frozen in Time’’.
`
“Lekatkan pintu almari itu dengan pita pelekat dan kemudian biarkan cucu kamu memikirkannya, atau simpan sahaja ia sebagai mas kahwin untuk anak perempuan awak,’’ demikian reaksi mereka yang cuba membantunya `membuat wang’ dengan situasi terbabit. – mynewshub.cc
`
“Lekatkan pintu almari itu dengan pita pelekat dan kemudian biarkan cucu kamu memikirkannya, atau simpan sahaja ia sebagai mas kahwin untuk anak perempuan awak,’’ demikian reaksi mereka yang cuba membantunya `membuat wang’ dengan situasi terbabit. – mynewshub.cc
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment