Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif

Parti Baharu Tidak Mampu Gugat Wanita UMNO

KUALA LUMPUR – Kaum wanita di negara ini digesa mengambil peluang menceburi bidang perniagaan kreatif yang mempunyai pasaran luas, kata Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata bidang kreatif bukan hanya terhad kepada fesyen pakaian semata-mata tetapi boleh mencakupi pelbagai lagi produk yang berpotensi.
“Ia boleh diusahakan sehingga menjadi perniagaan berjaya jika diteroka lebih jauh,” katanya selepas menyempurnakan majlis prapelancaran ‘Wanita Kreatif Fest 2016’ (WKF2016), di sini hari ini.
Ketua Wanita UMNO itu menarik perhatian bahawa usahawan wanita di Malaysia sentiasa diberi sokongan daripada segi modal dan latihan bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka.
WKF2016 selama tiga hari hingga Ahad ini diadakan bertujuan meningkatkan prestasi dan kreativiti dalam kalangan wanita melalui pelbagai aktiviti seperti perkongsian maklumat perniagaan dan pameran serta jualan bazar melibatkan produk kreatif kaum itu.
Acara itu berlangsung di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan lebih 120 gerai jualan dan pameran.
Ia dianjurkan Sekretariat Pembangunan Ekonomi dan Usahawan Pergerakan Wanita UMNO dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan dan agensi termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Yayasan Tengku Nur Zahirah. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story