Sharnaaz, Nak ‘Ambil Bunga, Jangan Tebang Pokoknya’ – Ustaz Tuan Asmawi

Sharnaaz, Nak 'Ambil Bunga, Jangan Tebang Pokoknya' - Ustaz Tuan Asmawi

KUALA LUMPUR – Pengasas Program Realiti Imam Muda dan juga pendakwah terkenal, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar hari ini menegur sikap pelakon Sharnaaz Ahmad yang dilihat tidak menghormati pelakon ND Lala yang juga bapa kepada kekasihnya sendiri, Shila Amzah.
Menurut Tuan Asmawi, walaupun tidak berhajat untuk mencampuri ‘kisah cinta’ Sharnaaz dan Shila, namun sebagai orang Islam, beliau merasakan terpanggil untuk menasihati pelakon berkenaan atas kapasitinya sebagai seorang pendakwah.
Ujar beliau yang juga pegawai kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu, hasrat Sharnaaz untuk menikahi Shila secara sah adalah satu perbuatan yang terpuji namun tindakannya mengeluarkan kenyataan ‘panas’ sebegitu adalah tidak wajar sama sekali apatah lagi ND Lala adalah bapa sekaligus wali kekasihnya itu sekiranya mereka berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.
safe_image
” Perumpamaannya begini, nak ambil bunga janganlah ditebang pokoknya…Sharnaaz nak memperisterikan Shila tetapi jangan merosakkan hubungannya dengan bapa gadis tersebut. Ingat, doa dan restu ibu bapa penting bagi sesebuah perkahwinan.
” Lagipun saya tidak nampak di mana salahnya kenyataan ND Lala itu, ia lebih kepada nasihat, dia bukannya menyuruh Sharnaaz melakukan perbuatan yang menyalahi prinsip agama itu sendiri” kata beliau pada Mynewshub.my di sini hari ini.
Baru-baru ini Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan ND Lala yang menegur sikap Sharnaaz yang disifatkannya terlalu terbuka dalam mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi itu.
Menerusi laporan tersebut, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila apabila dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila pada Mac ini sekalipun dihalang bapa penyanyi terbabit.
Dalam kenyataan balasnya, Shahnaaz mengakui tidak mahu ambil pusing terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh ND Lala.
” Macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita. Banyak orang pun kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki.
“Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat.
“Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia,” kata Sharnaaz kepada Murai.com.my
Dalam perkembangan yang sama, Tuan Asmawi juga mengajak Sharnaaz merenung sebuah hadis berikut yang berbunyi : Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah Azza wa Jalla.” Diriwayatkan oleh Ahmad (1041).
” Dalam erti kata lain, saya ingin mengingatkan pada kita semua semua supaya tak salah kalau kita berbuat baik pada sesama manusia, dalam hal ini, tak salah kalau Sharnaaz berbuat baik dengan ND Lala selagi ia tidak mendorong dalam hal-hal yang menyekutukan Allah.
” Lagipun esok bila dia sudah bernikah, bapa mertua tu sama saja dengan bapa kandung, mesti dihormati…kalau beza pun hanyalah dari segi pewarisan harta, yang lain sama,” tegas Tuan Asmawi. – Mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GILA! Bapa Sumbat Lobak, Rakam Kemaluan Anak Di Perlis


GILA! Bapa Sumbat Lobak, Rakam Kemaluan Anak Di Perlis
KANGAR – Sukar digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sini, apabila dijadikan hamba seks oleh ayah kandungnya sejak setahun lalu dengan kejadian terbaru, Isnin lalu.
Selain berulang kali mencabul kehormatan anak bongsunya, lelaki berusia 46 tahun itu turut melakukan perbuatan amat menjijikkan apabila menyumbat lobak merah ke dalam kemaluan mangsa.
Cabul
Lebih mengaibkan, lelaki terbabit yang juga pemandu lori itu memaksa anaknya merakam segala aksi menggunakan telefon bimbit sebelum rakaman itu dijual kepada rakannya.
Menurut sumber, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik diperlakukan sedemikian sejak berusia 12 tahun ketika ibunya tiada di rumah dan dipukul jika enggan menuruti kemahuan ayahnya.
“Suspek tidak merogol mangsa, tapi sering menyuruh mangsa berbogel dan meraba kemaluan serta serta payu dara mangsa!,” – HARIAN METRO
*Gambar Hiasan


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

VIDEO: PM Serbia Tergamam, Ditemuramah ‘Pengacara’ Tidak Berseluar Dlm!


VIDEO: Perdana Menteri Serbia Tergamam, Ditemuramah 'Pengacara' Tidak Berseluar Dalam!
SERBIA- Memalukan!
Itu saja yang boleh digambarkan apabila Perdana Menteri republik tersebut ‘dikenakan’ krew produksi sebuah stesen televisyen di negaranya.
Ivica Dacic pada mulanya dijemput untuk satu temubual eksklusif yang dihostkan seorang pengacara wanita.
Tanpa disedarinya, stesen tersebut sebenarnya ingin ‘mengenakannya’.
Lalu seorang model Playboy telah diminta untuk menyamar sebagai pengacara dan menemuramah Dacic secara langsung.
Sebelum rakaman bermula, model tersebut terlebih dahulu menanggalkan seluar dalamnya di belakang set.
Kemudian semasa temubual sedang dijalankan, wanita itu tiba-tiba telah mengalihkan kakinya hingga menampakkan kemaluannya.
Ternyata tindakan wanita itu telah mengundang Ivica untuk ‘merenung’ alat sulit wanita berkenaan!
147341385
Mengulas mengenai isu tersebut, jurucakap kerajaan Serbia memaklumkan, bukan sahaja Perdana Menterinya dipersenda malah seluruh rakyat Serbia turut mengalami nasib sama.
Jelasnya kes memalukan itu kini disiasat dan pihak yang terbabit dengan perkara itu tidak akan terlepas.
Tindakan wanita itu melakukan aksi berkenaan dikatakan sama seperti lakonan Sharon Stone dalam filem Basic Instinct.
Klip rakaman tersebut sehingga kini telah ditonton hampir 2.7 juta orang!


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Nora Danish Sudi Bercuti Sekali Dengan Fasha Sandha


Nora Danish Sudi Bercuti Sekali Dengan Fasha Sandha – Apabila terlerainya sebuah ikatan perkahwinan tidak beerti kasih sayang keluarga mertua terhadap bekas menantu dan juga cucunya berakhir, perkara sedemikian dirasai sendiri oleh pelakon jelita, Nora Danish meskipun telah bercerai dengan bekas suaminya tetapi masih tetap mendapat perhatian daripada keluarga bekas suaminya.
Nora Danish Sudi Bercuti Sekali Dengan Fasha Sandha
Menurut Nora, meskipun perkahwinan beliau dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih di kenali sebagai Jejai sudah lama berakhir tetapi hubungan silaturrahim antara beliau dan anaknya, Rayqal dengan keluarga bekas suaminya masih seperti sedia kala.
“Saya masih tetap dilayan baik oleh keluarga bekas suami dan kami anak beranak akan bercuti bersama-sama pada setiap hujung tahun.”
Tambah bekas menantu Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah berkata, seperti yang sedia maklum Jejai sudahpun berkahwin dengan Fasha Sanda tetapi andai suatu hari nanti beliau diajak bercuti bersama keluarga tersebut dan di sertai oleh Jejai dan Fasha beliau tidak kisah.
“Kalau Fasha ada sekalipun saya okay je. Saya yakin perkara sebegini berkemungkinan besar akan terjadi. Walaupun saya hanya bekas menantu tetapi hubungan saya dan anak terlalu akrab dengan keluarga di sana,” ujar pelakon kecil molek ini.
Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Nora sengaja merapatkan diri dengan keluarga bekas mertua adalah tidak benar sekali.
“Dari awal lagi kami memang rapat, malah anak saya merupakan cucu sulung mereka. Memang mereka terlalu memanjakan Rayqal,  jadi setiap hujung tahun mesti keluarga sana mengajak saya dan anak pergi bercuti. Kalau mereka tak ajak, takkan nak suka-suka ikut mereka” ujarnya.
Oleh: MyArtis.My

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kerana Fitnah, Hidup Norish Karman Susah


Kerana Fitnah, Hidup Norish Karman Susah - “Saya sangat kecewa dengan gosip, fitnah, dan kata-kata kejian yang di lemparkan terhadap saya sehingga menyebabkan periuk nasi saya terjejas,” begitulah luahan yang di sampaikan oleh pelakon Norish Karman mengenai perkembangan beliau pada masa kini.
Kerana Fitnah, Hidup Norish Karman Susah
Menurut teraju utama filen Kahwin 5 ini, ekoran gosip yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membuatkan beliau semakin sukar mendapatkan tawaran berlakon sama ada drama mahupun filem pada masa ini.
“Saya sudah hampir enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.”
“Jelas segala gosip yang disebarkan melalui akhbar dan laman sosial itu memembuatkan kerjaya saya sebagai pelakon semakin di ambang kejatuhan.” katanya.
Tambahnya lagi, beliau terpaksa melakukan pekerjaan lain bagi mendapatkan wang untuk menampung kehidupanya pada masa kini.
Oleh: MyArtis.My

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ning Baizura Lahirkan “Baby Boy” Di Hari Ulang Tahun Perkahwinannya


Ning Baizura Lahirkan “Baby Boy” Di Hari Ulang Tahun Perkahwinannya - Tahniah diucapkan kepada penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura dan suami tercinta, Omar Sharif Christopher Layton Dalton apabila menyambut kelahiran anak pertama pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Ning Baizura Lahirkan Baby Boy Di Hari Ulang Tahun Perkahwinannya
Menurut pengurus penyanyi ini, Ning selamat melahirkan bayi lelaki sekitar jam 3.06 pagi di sebuah hospital di Kuala Lumpur pagi tadi.
Tambah pengurusnya lagi, kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan beliau mewakili Ning mengucapkan terima kasih di atas segala doa dan sokongan peminat Ning di luar sana.
31 Januari nyata memberi kegembiraan berganda buat Ning dan Omar yang menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka pada hari ini.
Untuk pengetahuan anda semua, pasangan ini telah bernikah pada 31 Januari 2008 lalu.
Oleh: MyArtis.My

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Sharnaaz Ahmad Mahu Bersemuka Dengan ND Lala


Sharnaaz Ahmad Mahu Bersemuka Dengan ND Lala – Hari ini dunia hiburan dikejutkan dengan kenyataan balas Nd Lala melalui akhbar Metro terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh kekasih anaknya, Sharnaaz Ahmad. Kini, pelakon filem Juvana itu tampil membuat penjelasan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa Shila yang menganggap beliau seorang yang biadap.
Sharnaaz Ahmad Mahu Bersemuka Dengan ND Lala
Sharnaaz Ahmad berkata, beliau tiada masalah dan sudah bersedia untuk berhadapan dengan bapa kekasih hatinya, Shila Amzah itu pada bila bila masa sahaja namun beliau menyatakan bahawa Nd Lala sering mengelak untuk bertemunya.
“Kalaulah dia (Nd Lala) asyik lari saja, macamana saya nak berjumpa dengan beliau. Jadi janganlah nak pusing cerita.”
“Dia cakap saya ini biadap tetapi dalam hal macam ni kenalah saling hormat menghormati. Tak kira muda atau tua yang penting saling menghormati.”
Jelas Sharnaaz lagi, ibu bapanya juga berasa terkilan setelah membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Nd Lala itu.
“Kalaulah saya nak pergi merisik atau meminang mestilah bawak mak dan ayah sekali tak kan nak pergi sorang pulak.”
“Mungkin sebelum ini tidak pernah  ada yang berani melawan dia dan merasakan apa yang dia lakukan semuanya adalah betul belaka, tetapi bila benda itu salah kita kenalah betulkan tidak kira tua atau muda,” ujar Sharnaaz.
Tambah pelakon ini, walaupun apa yang sedang berlaku pada masa ini beliau tidak berputus asa untuk meneruskan hasratnya menjadikan Shila Amzah sebagai permaisuri hidupnya.
Oleh: MyArtis.My


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Michelle Yeoh Bakal Terima Pengiktirafan Tertinggi Di Asian Film Awards


Michelle Yeoh Bakal Terima Pengiktirafan Tertinggi Di Asian Film Awards – Tahniah diucapkan kepada aktres terkenal Hong Kong kelahiran Ipoh, Perak, Datuk Michelle Yeoh kerana bakal menerima Excellence in Asian Cinema Award pada majlis Asian Film Awards (AFA) tahun ini yang bakal berlangsung pada 18 Mac 2013 ini di Hong Kong.
Michelle Yeoh Bakal Terima Pengiktirafan Tertinggi Di Asian Film Awards
Pengiktifan itu merupakan salah satu tanda penghargaan tertinggi kepada penggiat filem di atas bakat dan pencapaian mereka dalam industri di Asia.
Antara nama besar yang pernah menerima anugerah tertinggi ini ialah pengarah China Zhang Yimou dan Kim Dong-Ho yang merupakan seorang pengarah dan pengasas untuk Busan International Film Festival.
Sepanjang tiga dekad dalam indutri perfileman Michelle Yeoh sudahpun terlibat lebih kurang 40 buah filem.
Michelle Yeoh turut menyatakan perasaan terharu dengan pengiktirafan yang bakal di terima oleh beliau tidak lama lagi dan pada masa kini beliau lebih fokus kepada misi untuk memperkenalkan imej wanita Asia yang positif dalam filem antarabangsa.
Oleh: MyArtis.My


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Norish Karman Jelaskan Dakwaan Cuba Rampas Suami Orang


Norish Karman Jelaskan Dakwaan Cuba Rampas Suami Orang - “Takkan saya sanggup meruntuhkan mahligai mereka sedangkan saya sudah menganggap mereka itu seperti keluarga saya sendiri,” demikianlah luahan kekecewaan Norish Karman aka NK yang dikatakan cuba merampas suami orang.
Norish Karman Jelaskan Dakwaan Cuba Rampas Suami Orang
Menurut NK, beliau sangat rapat dengan wanita tersebut dan juga anak-anaknya yang di anggap kakak beliau sendiri berbanding dengan suami wanita itu.
“Saya juga tidak mengerti mengapa wanita tersebut mengaitkan saya dengan suaminya sedangkan kami memang tidak rapat. Kalau dengan anak-anaknya, ya memang kami rapat sehingga mereka anggap saya ni seperti ibu mereka sendiri.”
“Mungkin kenyataan tersebut dibuat kerana iri hati wanita tersebut dengan saya memandangkan anak-anak wanita terbabit lebih rapat dengan saya berbanding dengan ibunya sendiri,” ujarnya.
Tambah pelakon ini, disebabkan perkara sebegini hubungan beliau dan keluarga tersebut telahpun berakhir dan memandangkan pada masa ini beliau sukar menerima tawaran berlakon beliau cuba fokus kepada bidang nyanyian pula.
Oleh: MyArtis.My


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

AG dan Scha Sah Pengacara Baru Muzik-Muzik


AG dan Scha Sah Pengacara Baru Muzik-Muzik -Bila disebut nama AG dan Scha kedua-dua nama ini bukanlah asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Terbaru, buat pertama kalinya mereka berdua digandingan bersama bagi menerajui program Muzik-Muzik bagi musim yang ke-28 yang bersiaran setiap Sabtu pada pukul 5.00 hinga 6.00.
AG dan Scha Sah Pengacara Baru Muzik Muzik
Menurut AG, walaupun ini merupakan kali pertama beliau digandingkan dengan Scha tetapi itu bukanlah penghalang untuk mereka berdua menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
“Buat masa ini kami masih lagi dalam proses mendapatkan keserasian bersama oleh sebab itu kami perlulah lebih banyak belajar dan memperbaiki mutu penyampaian kami dari minggu ke minggu,” kata AG ketika ditemui pada sidang media Muzik-Muzik 28 di Studio C bertempat di Sri Pentas, semalam.
Manakala bekas pengacara Sehati Berdansa ini menyatakan peluang yang diterima ini adalah peluang keemasan yang membuka  peluang bagi diri beliau mengembangkan bakatnya dalam dunia pengacaraan.
“Memang saya merancang untuk menjadi hos rancangan pada tahun ini, syukur saya diberi peluang ini. Apapun saya masih baru dalam dunia pengacaraan banyak lagi yang perlu saya pelajari bagi memikul tugasan yang berat ini. Saya juga mengharapkan dengan kelainan yang dibawa oleh saya nanti akan dapat diterima oleh penonton,” katanya.
Antara barisan selebriti popular yang mengendalikan rancangan Muzik-Muzik sebelum ini seperti Azwan Haji Ali, Aidil Abdul Ghafar, Faizal Ismail, Cheryl Samad, ND Lala, Charmaine Augustine, Adriefaiz dan Chad.
Oleh: MyArtis.My


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Aznil Hj Nawawi Dapat Gelaran Datuk



Aznil Hj Nawawi Dapat Gelaran Datuk – Sekalung tahniah diucapkan kepada pengacara nombor satu negara, Aznil Hj Nawawi di atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah sempena Hari Wilayah Persekutuan pada hari ini. Anugerah tersebut membawa gelaran Datuk.
Aznil Hj Nawawi Dapat Gelaran Datuk
Menurut sumber, Aznil Hj Nawawi diberi pengiktirafan tersebut atas sumbangan Aznil sebagai Duta Sihat 1Malaysia. Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta pagi ini.
Tahniah sekali lagi kepada Pak Nil aka Datuk Aznil Hj Nawawi. Semoga Pak Nil terus maju dalam kerjaya beliau.
Oleh: MyArtis.My


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ramai orang suka mengata... Jangan asyik menempah dosa...



Ramai orang suka mengata dan bercerita perihal orang lain... Ramai juga suka mengumpat dan mengeji perbuatan dan kelakuan orang lain... Ramai juga yang suka menyindir-nyindir dan memerli orang lain.. Ramai juga yang suka memperlihatkan kejahatan orang lain... Malah ramai juga yang suka memperlihatkan keaiban orang lain....


Berapa banyak ramai da.......


Tapi... mereka sering berkata tentang orang lain.... Tetapi Diri Sendiri... Bagaimana????? Kata orang..."Mengata Dulang Paku Sepih.... Sibuk Nak Mengata Orang Padahal Diri Sendiri Yang Lebih" Kebanyakan.... Sibuk menceritakan perihal orang lain... padahal diri sendiri pun tidak kurang lebihnya.,.. sama sahaja.... Asyik menjatuhkan orang lain... Biar orang lain dipandang serong... dan dia dipandang mulia... dipuji akan keprihatinan dan kelantangan mereka menentang kejahatan (jahat disini banyak maksudnya... dan umum yer....


Jangan asyik menempah dosa... sebaliknya... kumpullah seberapa banyak amal yang boleh...untuk bekalan diakhirat kelak...  Semua orang pernah mengata... mengumpat... mengeji... atau menyindir... antara sedar dengan tidak sahaja... Tapi pada yang sedar tu.. Alhamdulillah.... Tapi yang Tak Sedar2 nie... Macam mana tu????


Sebelum mengata orang pandang dulu diri sendiri... Perbetulkan diri sendiri dahulu.... (nasihat untuk tuan tanah juga nie..... ) Jangan pula kita sibuk menghitung amalan orang lain, mengira kejahatan orang lain.. menimbang dosa pahala orang lain... Sedangkan diri sendiri tak terkira banyaknya.. Berlipat kali ganda salahnya...


Buang yang keruh... ambil yang jernih..... baru teguh peribadi.... Yang keruh itu.... dijernihkan... Yang jernih itu... dijaga rapi... agar tidak menjadi keruh....Nasihat yang baik.. patut diikuti... Yang baik jadi ikutan.... Yang kurang baik... jadikan sempadan....

sumber
Ps: cermin diri lihat pada diri.. akan siapa diri... mengenal diri sendiri... akan baik buruknya diri... emmm..


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Diana Halik Dituduh Tengking Peminat Suami


Diana Halik
KUALA LUMPUR – Isteri kepada pelakon dan pengacara terkenal Aaron Aziz, Diyana Halik menafikan dirinya sebagai pembantu peribadi (PA) kepada suaminya sendiri yang terlibat dalam kes menengking peminat-peminat Aaron.
Sebaliknya, Diyana mengakui dia adalah pengurus kepada suaminya sendiri yang menguruskan jadual kerjaya Aaron.
Baru-baru ini timbul cerita mengatakan PA kepada jejaka kacak itu telah menengking peminat-peminat Aaron dan PA yang dimaksudkan adalah Diyana sendiri.
Namun, Diyana menafikan cerita itu dan mendakwa telah berlaku salah faham dan penambahan dalam kisah tersebut.
“Terus-terang, saya bukan PA Aaron tapi pengurus dia. Pada kebiasaan, PA akan bertukar-tukar mengikut majlis yang dihadiri Aaron.
“Sejujurnya, pihak Primadona dah banyak kali hubungi kami untuk hadir disebabkan kami sudah terlewat. Oleh kerana itu, sebelum majlis ABP habis, kami terus bergegas ke studio dengan keadaan tergopoh-gopoh.
“Dalam kami bergegas, ada sekumpulan peminat menahan kami untuk mengambil gambar. Waktu itu jugalah PA Aaron berkata sesuatu kepada peminat itu. Setahu saya, PA dia tidak pun menengking peminat itu tetapi hanya berkata dalam nada tegas saja,” kata Diyana yang dipetik dari laporan Murai.com.
Bukan itu sahaja, terdapat juga pihak memburukkan peribadi Aaron apabila dikatakan hanya berdiam diri ketika melihat peminat-peminatnya ‘ditengking’.
Diana berkata, perkara itu juga tidak benar kerana Aaron tetap melayan peminat-peminatnya walaupun sedang mengejar masa.
“Walaupun kami sudah betul-betul terlambat, Aaron tetap melayan peminat untuk bergambar bersama. Malah, Aaron siap bertanya ada lagi tak peminat yang belum bergambar ketika itu.
“Saya betul-betul tak faham kenapa Aaron pula dituduh hanya berdiam diri saja. Padahal dia dah menurut permintaan untuk gambar. Saya agak kesal orang masih cakap Aaron sebegitu,” katanya.
Walaupun sudah banyak cerita negatif mengaitkan dirinya sepanjang menguruskan kerjaya seni suami sendiri, Diyana tidak mahu ambil pusing tentang cerita yang memburukkan dirinya.
Bagi Diyana, dia lebih mengetahui apa yang dirinya dan Aaron lakukan.
Oleh: NAIMAH SHAARI


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Adelin Tsen Bergambar Seksi Dengan Gaun Merah


Adelin Tsen
Nama Adeline Tsen agak kurang dikenali, tetapi apabila menyebut nama drama lakonannya, adalah yang mungkin pernah dengar iaitu Hotel Mania.
Satu ketika dulu namanya pernah dikaitkan dengan aktor kacak, Fahrin Ahmad.
Dia dikatakan telah keluar ‘dating’ dengan jejaka itu, tetapi gosip itu senyap begitu saja.
Selain itu, Adeline juga pernah terjebak dengan gambar-gambar seksinya tersiar di ruang internet.
Kini, perkara itu sekali lagi berlaku apabila dia dilihat memakai gaun merah sambil berbaring.
Lihat gambar ini..
2
3
4


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gambar: Izreen Azminda Ada ‘Baby Bump’!


Izreen Azminda Ada ‘Baby Bump’!

Sekarang ini, tidak dinafikan wajah pelakon wanita, Izreen Azminda banyak menghiasi kaca televisyen.
Izreen banyak membintangi drama-drama tempatan.
Terbaru, Izreen kerap muncul dalam drama Cinta Qaseh di saluran TV3 dan Sehangat Asmara di Astro Mustika HD.
Itu mengenai kerjaya seninya yang sudah semakin berkembang.
Mengenai kehamilannya, usia kandungan Izreen sudah pun menjangkau usia 4 bulan.
Menerusi laman profil Instagramnya, Izreen berkongsi gambar kandungannya ketika ini.
Nampaknya, Izreen sudah pun ada ‘baby bump’!
Izreen juga memberitahu dia kini mudah jatuh sakit.
Apa-apa pun, didoakan semoga kesihatan Izreen sentiasa dalam keadaan baik sehingga selamat melahirkan bayi sulungnya.
Amin!
2
3
4
Oleh: NAIMAH SHAARI
Foto: Instagram Izreen Azminda


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

TRAGIS..Murid Darjah 2 Yang Berteduh Bawah Lori Hancur Digelek Kenderaan Tersebut


TRAGIS..Murid Darjah 2 Yang Berteduh Bawah Lori Hancur Digelek Kenderaan Tersebut
LAHAD DATU –  Tindakan seorang murid berusia lapan tahun berteduh daripada panas terik di bawah lori seberat 10 tan sementara menunggu ketibaan bas sekolahnya berakhir tragedi apabila badannya hancur digilis tayar kenderaan berat itu selepas pemandunya dikatakan tidak menyedari kehadiran kanak-kanak berkenaan.
Dalam kejadian jam 11 pagi di Jalan Kastam Baru di sini semalam, mangsa Syarif Junior Langbas Jul Husin ditemui dengan masih berpakaian seragam dan menggalas beg dengan hampir seluruh badannya hancur digelek tayar kenderaan itu.
Pemandu yang menyedari menggilis sesuatu kemudian melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila mendapati badan murid Sekolah Kebangsaan Pekan III itu hancur sebelum melarikan diri.
Difahamkan, mangsa dikatakan menunggu bas untuk ke sekolah dan berteduh di bawah lori berkenaan.
Pemandu lori berkenaan dipercayai cuba mengundurkan kenderaan itu untuk membantu seorang lagi rakannya membaiki kenderaan.
Akibat tragedi itu, mangsa mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Samsudin Mat ketika dihubingi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut dijalankan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan polis masih memburu pemandu lori yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kejadian itu.
“Polis giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.10 pagi sebelum mengarahkan sebuah jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba, kami mendapati mangsa berada di bawah tayar lori dalam keadaan badan dan otak bersepai. “Mayat mangsa yang masih menggalas beg dan berpakaian sekolah dikeluarkan selepas mengalihkan tayar lori itu,” katanya.- Harian Metro


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

VIDEO: Tangisan Anak Gajah Melihat Ibunya Yang Mati Keracunan Di Sabah

GAMBAR: Tangisan Anak Gajah Melihat Ibunya Mati Diracun Di Sabah

KOTA KINABALU – Sesuatu yang menyayat hati bagi pakar veterinar, Dr Sen Nathan apabila melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah.
Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah itu menyaksikan sendiri detik berkenaan ketika melakukan siasatan berhubung misteri kematian sepuluh ekor gajah terdiri daripada tujuh gajah betina dan tiga gajah jantan di Unit Pengurusan Hutan (FMU) 23, kawasan konsesi Yayasan Sabah di hutan simpan berkenaan iaitu kira-kira 130 kilometer dari Tawau.
“Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan saya,” katanya, sambil menambah bahawa anak gajah jantan berusia tiga bulan bernama Kejora itu telah dihantar ke Zoo Hidupan Liar Lok Kawi untuk dijaga termasuk bagi memberi susu botol.
Sepuluh ekor gajah berumur antara empat hingga 20 tahun ditemui mati antara 29 Disember dan 24 Januari lalu di kawasan Lembah Danum dan Lembangan Maliau.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata keracunan mungkin punca utama kematian gajah berkenaan.
“Post mortem yang dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan akibat tembakan sebaliknya bahagian organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak teruk. Selain bahagian usus, mulut dan anus mereka turut didapati berdarah.
“Kami mengesyaki terdapat unsur keracunan daripada bahan makanan yang mereka makan (toksin semulajadi atau racun perosak) tetapi kita masih menunggu laporan makmal analisis kimia,” kata Dr Ambu.
Menurut Ambu, laporan pertama diterima pada Selasa ketika pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari pintu Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Sabah.
Katanya gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar Kejora.
“Kami percaya bahawa kematian semua gajah ini ada kaitan antara satu sama lain,” katanya. – THE STAR
gajah_2
gajah_3


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Drama SAHARA : Pakai Purdah Tapi Pegang Tangan!

Drama SAHARA: Pakai Purdah Tapi Pegang Tangan!

Kecoh di laman sosial Facebook ketika ini mengenai sebuah drama Astro Prima yang dikatakan telah menghina perempuan yang berniqab atau berpurdah.
Ini kerana terdapat adegan di dalam drama tersebut di mana hero dan heroin yang berniqab berpegangan tangan sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penonton.
Daripada video promo Sahara pun kita boleh menilai sejauh mana tafsiran Islamik yang ingin ditunjukkan oleh pengarah.
Menurut satu komen dari Facebook, Tujuan berniqab ni untuk mengelak daripada di pandang ajnabi. Jadi tidak tercapai matlamat sekiranya pakai niqab (berpurdah) tetapi boleh dipegang pula.
Berniqab adalah pakaian sunnah para isteri Rasulullah.
Jadi jangan cemari pemakaian sunnah dengan babak cerita memalukan Islam.
734381_324220984363214_556077091_n
Mohon para pengarah di Malaysia ‘take extra effort’ sebelum menerbit cerita2 Islamik. Bukan tak boleh.
Kami harap akan ada tindakan susulan dari pihak Astro mengenai kontroversi ini.
Pihak pernerbitan juga perlu bertanggungjawab atas penyiaran drama ini!(Apacelop.blogspot.com)



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tengku Fiella Pula Tuntut Nazmi Mohon Maaf

Tengku Fiella

KUALA LUMPUR – Selepas dituduh curang dan mempunyai hubungan dengan pemain bolak sepak negara Aidil Zafuan oleh bekas kekasihnya, Tengku Fiella menuntut Nazmi Faiz memohon maaf kepada dirinya pula.
Tuntutan itu dibuat berikutan kata-kata yang dilemparkan oleh Nazmi kepada Fiella menerusi laman Twitternya telah mengaibkan diri gadis tersebut.
Baru-baru ini, kecoh dalam arena bola sepak apabila Nazmi mengeluarkan kenyataan bahawa bekas kekasihnya itu mempunyai hubungan sulit dengan Aidil.
Menerusi laporan Harian Metro, Fiella sendiri tidak mengetahui motif utama Nazmi berbuat demikian.
“Saya mahu dia mohon maaf secara terbuka kerana mengaibkan saya. Saya tidak tahu kenapa Nazmi bertindak begitu (menuduhnya menjalin hubungan dengan Aidil),” kata Fiella.
Fiella berpendapat, Nazmi mungkin mengalami tekanan perasaan kerana keseorangan di Portugal.
“Mungkin dia tertekan keseorangan di Portugal dan teringin sangat pulang ke Malaysia.
“Dia pernah beritahu saya dia kecewa apabila tidak dapat pulang ke negara ini ketika cuti Krismas lalu,” katanya.
Selepas tuduhan itu dibuat, Nazmi telah memohon maaf di laman Twitternya sendiri setelah dituntut untuk berbuat demikian oleh Aidil.
Ini kerana, Aidil menjelaskan dia tidak ada kaitan dengan cerita yang dilemparkan oleh Nazmi.
Menerangkan keadaan yang berlaku dalam hubungan mereka yang sudah berakhir itu, Fiella memberitahu Nazmi adalah seorang yang kuat cemburu.
Justeru, tidak hairanlah Nazmi suka menuduh Fiella dengan perkara-perkara yang tidak benar.
“Nazmi kuat cemburu. Sebelum ini, Johan Asaari pernah menghantar Twitter kepada saya mengucapkan selamat hari lahir dan Nazmi terus menuduh saya ada hubungan dengan Johan.
“Selepas itu dia tuduh pula saya ada hubungan dengan Aidil sedangkan saya hanya mengenali Aidil sebagai pemain bola sepak, langsung tidak pernah berhubung dengannya,” terang Fiella.
Penghujung tahun lalu juga, kecoh di laman Twitter apabila Nazmi memuat naik status memberitahu kepada umum bahawa Fiella adalah seorang kaki kikis.
Namun, Nazmi tampil memohon maaf dan memberitahu laman Twitternya telah digodam oleh pihak seseorang.
Oleh: NAIMAH SHAARI


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Justin Bieber Pegang Buah Dada Peminat?

Justin Bieber

Wah! Apakah yang akan membuatkan anda berfikir apabila pertama kali melihat gambar ini?
Gambar itu melihatkan penyanyi pujaan wanita di luar sana, Justin Bieber memegang buah dada sambil mencium pipi wanita yang seakan-akan kekasihnya, Selena Gomez.
Tetapi jika diamati, memang sah wanita itu bukan Selena.
Sebenarnya, gambar tersebut telah dirakamkan semasa acara ‘meet and greet’ di Miami, Florida, baru-baru ini.
Namun begitu, menurut laporan Perezhilton.com, Justin menolak tuduhan berkenaan dengan menyatakan perkara itu sangat tak masuk akal.
Sementara itu, menerusi laporan JustinBieber Zone pula, wanita itu mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa hanya dia dan Justin saja tahu mengenai apa yang sebenarnya berlaku ketika itu.
Katanya, “Im dying! Hahahaha it looks like Justin’s touching my boob in the picture hahaha..”
Lawak sungguh! Harap-harap Selena tak naik angin.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story