Michelle Yeoh Bakal Terima Pengiktirafan Tertinggi Di Asian Film Awards


Michelle Yeoh Bakal Terima Pengiktirafan Tertinggi Di Asian Film Awards – Tahniah diucapkan kepada aktres terkenal Hong Kong kelahiran Ipoh, Perak, Datuk Michelle Yeoh kerana bakal menerima Excellence in Asian Cinema Award pada majlis Asian Film Awards (AFA) tahun ini yang bakal berlangsung pada 18 Mac 2013 ini di Hong Kong.
Michelle Yeoh Bakal Terima Pengiktirafan Tertinggi Di Asian Film Awards
Pengiktifan itu merupakan salah satu tanda penghargaan tertinggi kepada penggiat filem di atas bakat dan pencapaian mereka dalam industri di Asia.
Antara nama besar yang pernah menerima anugerah tertinggi ini ialah pengarah China Zhang Yimou dan Kim Dong-Ho yang merupakan seorang pengarah dan pengasas untuk Busan International Film Festival.
Sepanjang tiga dekad dalam indutri perfileman Michelle Yeoh sudahpun terlibat lebih kurang 40 buah filem.
Michelle Yeoh turut menyatakan perasaan terharu dengan pengiktirafan yang bakal di terima oleh beliau tidak lama lagi dan pada masa kini beliau lebih fokus kepada misi untuk memperkenalkan imej wanita Asia yang positif dalam filem antarabangsa.
Oleh: MyArtis.My


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story