Adibah Beri Amaran, Suhaimi Nafi Terajang


Adibah Beri Amaran, Suhaimi Nafi Terajang
KUALA LUMPUR : Insiden peserta Super Spontan (SS) dari kumpulan Angsa Ganas iaitu Suhaimi Yusof yang telah menendang perut hos SS, Adibah Noor pada mingu ke empat lalu telah menjadi topik hangat dan perhatian penonton.
Lebih teruk lagi, angkara perilaku kurang sopan Suhaimi itu sedikit sebanyak telah menyinggung perasaan segelintir penonton setia SS yang menganggap tindakan berkenaan sebagai satu gurauan kasar.
Apatah lagi ianya dilakukan oleh seorang figura yang berstatus sebagai suami dan bapa.
Malah, ada juga menyifatkan ianya sebagai satu kelakuan yang tidak elok dipertontonkan memandang penonton SS bukan saja terdiri daripada golongan dewasa tetapi turut menarik minat golongan kanak-kanak.
Sehubungan itu, Apa Kata M? (AKM) yang menyaksikan sendiri insiden ini telah menemuramah Suhaimi yang mendakwa dia tidak terajang Adibah.
Sebaliknya, Suhaimi memberitahu apa yang dipertontonkan itu hanyalah sebagai teknik kamera saja.
Pun begitu, Adibah pula dikhabarkan terasa hati dengan apa yang dilakukan oleh Suhaimi sehingga mengeluarkan satu amaran dalam nada ketegasan.
Sementara itu, peserta Angsa Ganas yang tersingkir minggu lalu iaitu Riezman Khuzaimi rasa kecewa apabila dirinya menjadi mangsa penyingkiran selepas Zahid.
Lebih panas lagi, Riezman telah mengaitkan nama Zizan dalam penyingkiran itu. Adakah Zizan merupakan penyebab Riezman kecewa?
Jangan lupa untuk mengetahui jawapan bagi setiap persoalan ini menerusi AKM yang disiarkan serentak di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Prima (Saluran 105) setiap Jumaat jam 9.55 malam.
Anda juga boleh menonton program ini secara eksklusif di murai.com.my kerana ianya disiarkan lebih awal berbanding di kaca TV. – Murai

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story