NAMPAKNYA Zed Zaidi semakin keseorangan dalam meluahkan rasa kurang senang dengan kehadiran artis-artis asing dalam industri seni tanahair.
Selain dikutuk sebahagian besar peminat hiburan tempatan, luahan itu juga nyata tidak disahut rakan artis yang lain.
Terbaru, Presiden Persatuan Seniman (Seniman) Malaysia, Harun Salim Bachik pula menasihatkan Zed Zaidi, yang juga timbalannya agar berfikiran bijak dan memikirkan kesan yang timbul sebelum mengeluarkan sebarang perkataan, tulisan atau tindakan berbentuk peribadi.
Ini kerana katanya, perbuatan seumpama itu mampu merosakkan persatuan.
“Saya menasihatkan Zed ‘slow down’ sedikit dan berfikiran positif terhadap tidakannya. Sebelum lakukan sesuatu, fikirlah dulu kesannya,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro hari ini.
Harun juga dengan tegas menjarakkan kenyataan Zed Zaidi itu dengan pendirian Seniman.
Katanya, apa yang diluahkan Zed Zaidi adalah pandangan peribadi beliau dan sama sekali tidak mewakili persatuan.
Zed Zaidi menjadi perhatian apabila mengeluarkan tweet yang mencerminkan rasa kurang senang dirinya dengan kemenangan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz sebagai Artis Paling Popular sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang berlangsung malam Ahad lalu.
Aaron menjawab kritikan itu dengan menyifatkan Zed Zaidi sebagai tidak matang kerana menjadikan perkara berkaiwan kewarganegaraannya sebagai punca tidak berpuas hati.
Zed Zaidi dalam entri di blognya semalam mempersoalkan apakah artis luar hebat sangat.
Beliau melihat kehadiran terlalu ramai artis luar ke dalam industri tempatan sebagai satu bentuk penjajahan yang merugikan artis tempatan dalam jangka panjang.
sumber: mynewshub.my
0 comments:
Post a Comment