HOT: Putri ditahan miliki dadah


MALANG- Penyanyi dangdut Putri Vinata ditahan polis antinarkotik di sini kerana memiliki dadah jenis syabu Isnin lalu bersama temannya, David Mauris.

Menurut Ketua Polis AntiNarkotik Malang, Adjutan Komisioner Sunardi Riyono anggotanya memberkas Putri hasil maklumat orang ramai. Putri ditahan bersama David dalam kereta ketika berada di depan bangunan BCA di Jalan Borobudur, Blimbing di sini. Polis turut merampas satu plastik berisi syabu yang disimpan dalam kertas pembalut.

“Ekoran penemuan dadah itu, Putri dan temannya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya, semalam.

Sunardi berkata, Putri yang terkenal dengan gelaran Putri Kayang itu mengaku memperoleh dadah berkenaan daripada rakannya di Surabaya.

Polis masih melakukan siasatan lanjut atas kes itu.- DH

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story