San Diego – Seorang pelajar Universiti California mendedahkan bagaimana dia terpaksa minum air kencingnya sendiri selepas ditinggalkan di dalam bilik tahanan selama lima hari tanpa makanan dan minuman serta kemudahan tandas.
Daniel Chong, 24 ditinggalkan keseorangan selepas seorang agen penguatkuasa dadah persekutuan terlupa yang dia berada di dalam bilik berkenaan.
Chong ditangkap pada 21 April lalu dalam satu serbuan yang turut merampas 18,000 pil ecstasy.
Dia merupakan salah seorang daripada sembilan suspek yang ditangkap dalam operasi berkenaan, namun hanya Chong seorang sahaja ditinggalkan di dalam bilik tahanan itu.
Sepanjang lima hari di dalam bilik itu, Chong kehilangan 15 paun.
“Saya terpaksa minum air kencing untuk hidup dan menjadi gila. Sukar untuk menggambarkan bagaimana saya mengalami halusinasi ketika dalam tahanan itu.
Selepas ditemui pada 25 April lalu, Chong dibawa ke hospital dan menjalani rawatan untuk kekejangan, dehidrasi dan jangkitan paru-paru.
Dia mengambil masa lima hari untuk kembali pulih sepenuhnya dan hingga kini Chong tidak didakwa .
Chong juga telah menelan sejenis serbuk putih yang ditinggalkan di dalam bilik berkenaan yang kemudiannya dikenal pasti sebagai methamphetamine.
Dalam pada itu, peguam Chong, Eugene Iredale, berkata, pihaknya bercadang memfailkan aduan terhadap kerajaan, dan jika ia ditolak maka mereka akan menyaman agensi berkenaan.
0 comments:
Post a Comment