SYAHRINI kecewa dengan kenyataan Bieber.
JAKARTA: Penyanyi pop Amerika Syarikat Justin Bieber menerima banyak kecaman daripada pelbagai pihak ekoran kenyataannya yang memperlekehkan Indonesia. Artis Syahrini juga tidak ketinggalan menyuarakan tidak puas hati atas sikap penyanyi remaja itu.
Melalui akaun Twitternya, penyanyi lagu “Kau yang Memilih Aku” itu meluahkan kekecewaannya terhadap Bieber. Dia meminta kekasih penyanyi itu Selena Gomez supaya meminta maaf daripada rakyat Indonesia.
“Justin Bieber perlu meminta maaf kepada rakyat Indonesia,” katanya dalam akaun Twitter miliknya @PrincesSyahrini, semalam.
Menurut Pengurusnya, Reindhy, Syahrini kecewa dengan kenyataan Bieber yang dibacanya menerusi pelbagai sumber laman berita Indonesia di Internet. Dia berkata, kenyataan Bieber itu tidak beretika.
“Menurut Syahrini kenyataan Bieber itu tidak beretika. Apalagi, penyanyi itu mempunyai ramai peminat di Indonesia dan sikapnya itu seperti tidak menghargai peminatnya di Indonesia,” katanya. - kompas.com
0 comments:
Post a Comment