Tidak terlambat rasanya untuk kami ucapkan tahniah dan semoga berjaya kepada Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 4 Mei 2012.
Satu sidang media telah diadakan di Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang baru-baru ini sempena pengumuman pasangan romantis Awal dan Scha yang memilih 4 Mei ini sebagai tarikh mereka disatukan selepas hampir tiga tahun bercinta dan mengenali hati budi masing-masing.

Majlis pernikahan mereka akan diadakan di Hotel Pullman, Putrajaya, pada jam lapan malam. Majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei, juga pada jam lapan malam.
Apa yang menarik perhatian kami ialah syarat yang dikenakan Awal kepada Scha apabila Scha tidak dibenarkan memeluk lelaki lain semasa melakonkan apa-apa watak selepas mereka berkahwin kelak.
Elok sangat la tu. Sudah menjadi perkara wajib yang harus mereka jaga dalam kehidupan rumah tangga mereka.
Kami mendoakan urusan mereka ingin mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar. Jangan lupa jemput kami ye.
Kami mendoakan urusan mereka ingin mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar. Jangan lupa jemput kami ye.
0 comments:
Post a Comment