Soalan :
Adakah dikira dayus seorang suami menolong isterinya membuat kerja rumah seperti anggapan sesetengah masyarakat kita? Apakah status suami ini disisi Islam? Adakah benar terdapat hadis yang mengatakan bhw Nabi Muhammad sendiri pernah menolong isterinya membuat kerja rumah spt menjahit kasut dan sebagainya? Bolehkah nyatakan versi penuh hadis tersebut?
Jawapan :
Apabila kita mendakwa Nabi saw adalah sebaik-baik contoh, bermakna kita hendaklah sekurang-kurangnya membaca sekali lalu riwayat hidupnya dari lahir baginda hinggalah beliau wafat. Kita syorkan memiliki kitab-kitab seerah (bibliografi) baginda yg agak banyak dalam pasaran baik versi terjemahannya. Yang terbaik ialah tulisan Hudhary Bek, Sayid Abul Hasan Ali Nadvi, Qadhi Iyadh, dll. Dari kitab ini kita akan dibawa mengembara ke dalam kehidupan harian Rasulullah saw, bagaimana kehidupan baginda sebagai seorang suami dan kepala keluarga, antara lainnya.
Dayus selalunya dikaitkan dengan kelemahan suami mengawal maksiat dlm keluarganya, misalnya dia tidak mampu mencegah aktiviti maksiat anak-anaknya dan kecurangan isterinya sedangkan dia tahu. Misalnya isterinya bebas didatangi lelaki lain dan suaminya tidak berbuat apa-apa. Ini adalah dayus yg dimaksudkan.
Adapun suami yg membantu kerja rumah itu hanyalah menyalahi adat kebiasaan saja. Misalnya dalam masyarakat Melayu atau Arab, wanita dikaitkan dengan dapur dan kerja rumah. Maka jika ada lelaki/suami yg melakukan kerja-kerja ini, maka dianggap suami yg lemah dan tunduk pada isterinya. Jika ia mampu dan merasa berat untuk melakukan, dia boleh menyediakan orang gaji (maids).
Sebenarnya menyalahi uruf ini bukanlah tercela pada sisi syara’, bahkan terpuji kerana Nabi saw melakukannya. Nabi melakukan pelbagai kerja rumah spt membasuh pakaiannya sendiri, membaiki sandalnya, membaiki pakaiannya (menjahit dan membubuh butang baju), menyapu rumah, menjaga binatang peliharaan, pergi ke pasar dan membawa sendiri barangan pasar itu. Ini diriwayatkan dalam hampir semua kitab seerah dari sumber yg sahih termasuk isterinya sendiri Aisyah ra.
Dunia sebenarnya sudah jauh berubah, isteri hari ini bukan lagi suami/isteri tulin di zaman di mana uruf (pada masa itu) Pd zaman dahulu, suami keluar berkerja dan isteri menjaga rumah saja. Hari ini, kedua-dua suami-isteri sama-sama keluar berkerja, maka jalan yg ideal sudah tentu urusan rumahtangga pun sama-samalah kena jaga. Dan perubahan budaya ini bukan lagi suatu yg ganjil hari ini. Maka (kita berpendapat) dakwaan dayus itu sebenmarnya tidak benar. Allahu a’alam
kredit : qawanitadanperkahwinan
0 comments:
Post a Comment