Azmin Ali Disiasat SPRM Hari Ini


Azmin Ali
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali hari ini dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat.
Azmin dipanggil oleh SPRM berikutan kes yang mengaitkan dirinya dalam kes rasuah bernilai jutaan ringgit.
Kes yang melibatkan rasuah itu didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin yang berlaku 17 tahun lalu sewaktu Azmin menjadi Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Raja Petra yang juga pengarang portal Malaysia Today mendedahkan Azmin tidak disiasat dan diambil tindakan lanjut kerana Anwar ketika itu yang juga Menteri Kewangan mengarahkan BPR menghapuskan fail siasatan terhadap Azmin.
Sedangkan penahanan Azmin harus dilakukan memandangkan segala bukti dan dokumen yang mensabitkan kesalahannya sudah lengkap.
Justeru itu, Raja Petra telah mededahkan maklumat sulit itu yang diperoleh dari seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di London pada bulan lalu.
Di laman Twitternya, Azmin mengakui perkara itu sebagai fitnah dan memohon agar semua pihak tidak percaya kepada fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story