Program Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor yang diadakan pada 26 Mei lalu iaitu serentak dengan Perhimpunan Sejuta Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya tidak mendapat sambutan.
Akhirnya, Himpunan Belia dan Konvensyen Selangor itu dihadiri tidak sampai pun 100 belia. Mengikut pemerhati, bukan belia yang hadir, sebaliknya pelajar-pelajar yang kurang cerdik dan rakan-rakannya yang berketuakan Adam Adli.
Apa dah jadi? Malu besarlah jawabnya.
Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang. Sedangkan mengikut jadual, sepatutnnya Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Suasana lebih menyayat hati kepada peniaga-peniaga, tak ada orang datang membeli atau meninjau-ninjau barangan jualan mereka. Dalam erti kata lain, rugi besar.
Walaupun penganjur membuat hebahan awal dengan memasang kain-kain rentang dan membuat penyebaran SMS kepada seramai 33,000 orang belia di Selangor, namun usaha tersebut masih gagal menarik kehadiran golongan belia ke majlis berkenaan. - Manzaidi
0 comments:
Post a Comment