Kali ini mungkinkah Zed Zaidi akan ‘angin’ satu badan lagi apabila melihat gambar-gambar terkini Aaron Aziz?
Mana tidaknya, Aaron Aziz kelihatan tampan bergaya berpakaian seperti chef menghiasi muka hadapan majalah Aroma.
Selain itu, Aaron turut menjadi duta produk yogurt keluaran tempatan. Inilah namanya rezeki.
Zed Zaidi yang sebelum ini sering mempersoalkan isu kebanjiran pelakon dari negara asing sangat memandang serius berkenaan peluang kerja kepada artis tempatan.
Zed Zaidi pernah ‘naik angin’ apabila Aaron dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011.
Beliau turut meminta rakyat Malaysia supaya sedar bahawa negara ini telah dijajah secara senyap menerusi bidang hiburan.
Selain itu, beliau telah mencabar Aaron untuk menunjukkan permit kerja dan sebagainya.
Mungkin pada dasarnya tindakan Zed Zaidi itu adalah bertujuan untuk membantu serta memberi peluang kerja kepada artis tempatan.
Namun, selepas beberapa isu yang mengaitkan status dan kerjaya Aaron di Malaysia, rezeki artis dari Singapura itu nampaknya semakin bertambah.
Namun, bak kata orang dalam bidang seni ini jika mempunyai bakat ditambah pula dengan ciri-ciri fizikal yang menawan, pastinya peluang kerja akan melimpah ruah.
Oleh: HARITS ASYRAF
0 comments:
Post a Comment