Video: Mantan Mufti Perlis Zahirkan Sultan Boleh Dikritik


dr asri zainul abidin
Selepas bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin mempersoalkan Sultan Johor dalam isu pembelian nombor plet kenderaan WWW 1 berharga RM520,000, isu mengkritik Sultan dan Raja Melayu nampaknya semakin menjadi-jadi.
Kini, kelihatan seperti ada kumpulan yang mahu menjadikan perbuatan mengkritik raja sebagai satu budaya yang boleh diterima.
Agak sukar difahami kenapa secara tiba-tiba wujud aliran fahaman seperti itu.
Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin jika dinilai dalam klip di bawah, menzahirkan bahawa raja-raja Melayu sepatutnya boleh dikritik.
Beliau memberikan contoh dengan membuat perbandingan di zaman Rasullah SAW.
Namun, apakah Dr Asri kelihatan marah dalam isu itu ada hubung kait dengan insiden beliau didakwa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) tidak lama dahulu kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah?
Beliau ada menyebut sesuatu yang berbentuk sindiran berhubung isu berkenaan dalam klip terbabit.sumber

2 comments:

Melayu Raya said...

Kalu bangsa Melayu beli macam2 cerita dan hadis dikeluarkan tapi kalu bangsa asing beli ? boleh saja ,sepi tanpa komen.Inila Melayu yg punya hati Phd-perangai hasad dengki yg tak berkesudahan !!Baik dia ulamak ka?,bekas mufti ka?,bekas menteri besar ka? dan org politik ka ? semua nya sama saja demi kepentingan dan perut sendiri dan ada la benda yg di minta dulu tak dapat!!Semua yg tak berkenan dihati akan disondol dan katakan tak betui,membazir dan sebagainya.Apa diri sendiri dah cukup bagus ka?dah sempurna ikut hidup cara Rasulallah SAW ka?sangupkah kita tingalkan banglo,rumah teres atau apartment dan tinggal dalam kemah? Kenapa nak marah2 kalu ada org lebih kaya dan rezeki murah dari kita ??? sampai bila lah Melayu nak maju kalu ashyek cari salah org saja..Wahai Melayu2 yg mengaku Islam, bermuhasabah lah diri.Rakyat dilindung,Raja disanjung dan hanya sanya Allah di sembah.....AMIN.

roha said...

BILA NAK MAJU ASIK DENGKI TAK HABIS-HABIS.

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story