‘Saya Tidak Sesuai Berpakaian Seksi’ – Lisa Surihani


Semua orang suka akan Lisa Surihani. Selain dia comel, penampilannya sentiasa menawan tanpa perlu berpakaian seksi dan menunjukkan yang tidak sepatutnya. Pelakon yang baru mendirikan rumahtangga bersama Yusry pada 23 Februari ini sememangnya suka dengan gaya yang yang ringkas dan tidak selesa berpakaian seksi dan dipertonton oleh orang ramai.
Memang Lisa, 26 tahun ini sentiasa kelihatan cantik walaupun hanya berpakaian simple dan tidak bermekap. Kata orang inilah baru ‘Natural Beauty’. Menurut Lisa, dia tidak suka berpakaian seksi yang menjolok mata kerana merasakan tidak sesuai dan tidak memiliki bentuk tubuh yang menawan untuk memperagakan baju yang terdedah.
“Pada saya berpakaian sedikit seksi tidak ada salahnya kerana ianya diukur dari si pemakai yang mengayakan pakaian masing-masing. Senang cerita, seksi itu subjektif. Saya seorang yang ringkas, lagi ringkas saya berpakaian lebih selesa saya rasakan. Saya tidak ada jenama yang tertentu untuk membeli pakaian kerana saya suka beli pakaian yang dijual di internet.
Tidak dinafikan, saya juga seperti wanita lain yang gemar pergi membeli pakaian di kedai seperti Zara, Topshop, dan jenama terkenal yang ada di sini. Tapi itu hanyalah kegemaran, saya tidak kisah beli pakaian di mana-mana asalkan cantik dan selesa.”
Bertuahnya Yusry memiliki Lisa Surihani, seorang gadis yang simple, sentiasa rendah diri dan comel. Semuga dapat dibimbing lebih lagi ke arah seorang muslimah sejati. Oh! Lisa!sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story