Hacker buat tayangan filem X senonoh yang tersiar ditengah jalan


Para pengguna jalan di pusat kota Moscow, Rusia, dikejutkan dengan tayangan filem porno di layar televisyen raksasa yang dipasang di jalan. Entah kerana terkejut para pemandu serentak memberhentikan kereta untuk menyaksikan tayangan yang mempamerkan tubuh-tubuh bogel itu. Lalu lintas pun sesak kerana semua orang memperlahankan kenderaan untuk  memandang ke arah layar tersebut.

Peristiwa yang terjadi di sebelah Selatan Kremlin itu dsyaki hasil perbuatan hacker. Menurut pemilik layar televisyen iklan tersebut, seperti dikutip pejabat berita rasmi Rusia, RIA-Novosti, para hacker telah menceroboh sistem komputer layar itu dan memasang filem porno.

Kejadian unik itu dirakam seseorang yang kemudian menayangkannya di Youtube dan beberapa situs lain. Russia adalah negara yang melarang tayangan bogel di televisyen sebelum Soviet berpecah pada 1991. Pihak berkuasa mengatakan kepada RIA-Novosti, mereka sedang menyiasat kejadian tersebut.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story