Seorang mahasiswa jurusan biologi di ‘National University of Singapore’ telah dijumpai mati setelah semalaman bermain permainan komputer.
Memetik laporan Shin Min Daily pada Ahad lalu, mahasiswa tahun ketiga, Xu Kaixiang, 25, ditemui mati di atas lantai bersebelahan komputer di rumahnya yang masih berfungsi.
Sewaktu ditemubual oleh akhbar berkenaan, bapa mangsa berkata anaknya sentiasa berada di rumah dan bermain permainan komputer kerana dia tidak perlu menjalani kuliyah dan sedang bercuti.
Ujarnya, anaknya kadang-kala menghabiskan masa sepanjang malam bermain permainan komputer.
“Saya masuk tidur pukul 1 pagi, dia maih berada di hadapan komputer.
“Bila isteri saya bangun pukul 6.45 pagi, dia nampak anak kami terbaring di atas lantai dan komputer masih berfungsi,” kata Xu, bapa kepada Kaixiang.
Lantas, Xu terus meluru ke arah Kaixiang setelah dia tidak sedarkan diri apabila dikejut berkali-kali oleh ibunya.
Xu mendapati seluruh badan Kaixiang telah sejuk kaki. Xu cuba melakukan CPR namun tubuh badan Kaixiang tidak memberi respon yang positif.
Pada masa yang sama, Xu turut berkongsi berkenaan cara hidup anaknya.
“Kaixiang merupakan pelajar yang sihat serta aktif kerana dia jarang sekali mengadu berkenaan masalah kesihatan dirinya,” kata Xu.
Menurutnya lagi, anaknya merupakan seorang yang pintar apabila menerima beberapa tawaran pengajian seperti ‘Gifted Education Programme’ yang membawa anaknya melanjutkan pelajaran ke ‘NUS Department of Biological Sciences.’
Sementara itu, Dr. Yuan Zhixiong, pakar perunding pembedahan berkata, kematian secara mengejut boleh berlaku pada sesiapa sahaja.
Namun dalam kes seperti Kaixiang, dia mungkin mengalami masalah jantung tetapi tidak menjalani diagnosis akibat kekurangan atau ketiadaan gejala penyakit tersebut.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: Your Health News
0 comments:
Post a Comment