Nazim Othman, Semakin Popular Selepas Dejavu Di Kinabalu


Walaupun sudah setahun lebih menceburi industri hiburan di Malaysia, boleh kami katakan yang nama Nazim Othman semakin meniti bibir peminat seni tanahair kerana drama ‘Dejavu Di Kinabalu’, drama bersiri arahan Erma Fatima yang sedang ditayangkan di TV3 untuk slot Akasia.
Ramai yang jatuh minat melihat Nazim kerana watak bernama Bazli yang dilakonkannya disamping pelakon-pelakon seperti Aqasha, Tiz Zaqyah, Rebecca Nur Islam dan ramai lagi. Watak Bazli yang baik hati menimbulkan simpati di kalangan penonton kerana wataknya bukanlah pilihan heroin untuk untuk menjadi heronya. Berbekalkan wajah kacak dan bakat lakonan yang baik tidak mustahil Nazim akan meletakkan diri sebaris dengan pelakon lelaki popular tanahair tidak lama lagi.
Mungkin menyedari aura Nazim, Erma Fatima telah memberikan peluang kepada Nazim untuk melakonkan watak utama lelaki dalam drama Erma yang seterusnya, Kau Yang Terindah. Nazim melakonkan watak utama di samping Neelofa Mohd Noor, dan khabarnya mereka baru saja selesai menjalani penggambaran drama tersebut di Makkah dan Madinah di samping menunaikan umrah bersama Erma dan krew-krew penggambaran yang lain. Drama Kau Yang Terindah ini dijadualkan untuk tayangan di Slot Akasia mulai 6 Ogos ini dan bukanlah merupakan sebuah adaptasi novel.
Kalau sebelum ini kita sudah lihat gambar Neelofa di sana, apa kata kita layan gambar Nazim di sana pula. Kelihatannya drama ini akan menjadi satu produk yang bagus. Lagi 7 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Nazim Othman.






0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story