Salon: Pas Akhirnya ‘Mengalah’

Datuk Takiyuddin Hassan

KOTA BHARU – Setelah lebih 21 tahun melaksana dan mempertahankan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, Kerajaan Pas Kelantan akhirnya ‘mengalah’ atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya yang semakin dekat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri memutuskan menangguhkan serta-merta penguatkuasaan semua syarat lesen kedai gunting rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang membabitkan masyarakat bukan Islam.
Beliau berkata, penangguhan itu termasuk kompaun yang telah dikeluarkan sebelum ini, bermaksud penggunting rambut bukan Islam boleh menggunting rambut pelanggan bukan Islam berbeza jantina. – Utusan Online

1 comments:

Unknown said...

kalau dah nak menegakkan agama Islam biaq jgn mengalah kpd bukan Islam bukan jgn hanya nak memegang tampuk kerajaan baru nak tunjuk belang...takut nt tak sempat nak pegang kuasa Allah turun balamalapetaka....

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story