Saya Tak Kacau Hidup Orang Lain – Neelofa

Saya Tak Kacau Hidup Orang Lain - Neelofa

KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini, hampir setiap hari nama pelakon dan pengacara cantik, Neelofa disebut-sebut di dalam media cetak mahupun elektronik.
Bermula pada bulan lalu, namanya baru saja reda daripada gosip yang mengatakan dia sedang hangat bercinta dengan aktor kacak, Hans Isaac.
Selepas itu, minggu lalu cerita mengenai betisnya yang didakwa peminat besar seperti batang pisang.
Dan yang terbaru iaitu pada dua hari lalu, pereka fesyen, Nurita Harith mendakwa pengacara program Meletop itu bersikap kurang ajar dan tidak profesional.
Menerusi Kosmo!, hari ini, mereka mendapatkan reaksi Neelofa tentang isu mengapa dia terus dihimpit kontroversi.
“Saya penat sebenarnya, sebab ada sahaja kontroversi yang tak berpenghujung. Saya tidak kacau hidup orang lain.
“Saya tidak faham kenapa ada orang yang ingin menyerang saya. Mungkin kerana cemburu atau tidak senang melihat orang lain senang
“Bagi saya, ini dugaan yang menguatkan saya lagi sebagai anak seni,” katanya di sini, hari ini.
Ditanya mengapa sampai ada yang mengkritik anggota badannya, Neelofa memberitahu dia bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepadanya.
“Kelakarlah kalau nak komen tentang kaki sendiri. Saya jenis yang pakai apa sahaja yang saya suka dan mengikut keselesaan saya.
“Setakat ini saya gembira dengan apa yang saya pakai dan bersyukur dengan anugerah Allah kepada saya,” tambahnya.
Kini, Neelofa dan keluarga berada di Dubai untuk bercuti selama dua minggu.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story