RAMAI marah-marah dengan artikel penulis malam tadi berhubung kekalahan pasukan Malaysia di tangan pasukan Thailand. Email penulis tergendala dari tadi sehingga sekarang kerana perkara tersebut.
Dari apa yang penulis lihat, majoriti tidak berpuas hati kerana penulis betul bila meramalkan kemaraan skuad negara dalam Piala AFF kali ini hanya setakat peringkat separuh akhir – lama sebelum Harimau Malaya ini tumbang menyembah padang Stadium Supachalasai.
Tapi perkara tersebut tidaklah begitu menjejaskan kerana penulis tahu, memang menjadi realiti rakyat Malaysia sukar menerima hakikat yang pada mereka pahit untuk ditelan.
Kekalahan ini tidak terkecuali.
Bagaimanapun kini masanya untuk maju ke depan. Sudah tiba waktu dan ketikanya jurulatih pasukan Malaysia, Datuk K Datuk K Rajagobal ditepikan dari mengendalikan skuad kebangsaan dan jurulatih baru yang lebih berpengalaman di lantik untuk mengendalikan skuad bolasepak kebangsaan.sumber
0 comments:
Post a Comment