Hari bahagia buat pelakon wanita, Anne Ngasri untuk bernikah dengan lelaki pilihannya, Mohd Sumali Reduan tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Pastinya, Anne sedang menghitung hari dan berdebar-debar untuk diijab kabulkan pada 22 Disember nanti.
Walaupun pernikahan pada 22 Disember nanti merupakan kali kedua buat ibu anak tiga itu menjadi isteri orang, Anne sendiri mengakui tidak dapat lari dari perasaam gementar.
Melihatkan dirinya yang sentiasa berada dalam keadaan tenang, Anne dilihat tidak terlalu tertekan menyiapkan majlis perkahwinannya.
Anne berharap agar majlis perkahwinan pada hari itu nanti berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah lain timbul.
“Jujurnya buat masa sekarang saya masih berdebar untuk menanti saat dinikahkan. Macam mana kali pertama dahulu, samalah juga kali ini. Debarannya tetap sama.
“Saya mengharap agar majlis yang akan dilangsungkan berjalan lancar,” kata Anne yang dipetik dari laporan Media Hiburan.
Untuk pernikahan itu nanti, Anne tidak mengadakan majlis persandingan.
Dia hanya mahu melakukan majlis doa kesyukuran sahaja.
Semoga, kebahagian akan kekal dalam hidup Anne dan anak-anaknya untuk perkahwinan yang terbaru nanti.
Oleh: SORAYA IMAN
Foto: Instagram Anne Ngasri
0 comments:
Post a Comment