Naza Pengedar Rasmi Baru Citroën

Naza Pengedar Rasmi Baru Citroën

KUALA LUMPUR – Kumpulan Naza menambah satu lagi jenama kereta Eropah dalam portfolio kenderaan edarannya apabila dilantik sebagai pengedar rasmi jenama Citroen oleh Automobiles Citroën.
Unit Komunikasi Korporat Kumpulan Naza melalui satu kenyataan memberitahu, Automobiles Citroën melantik anak syarikat Kumpulan Naza iaitu Naza Euro Motors sebagai pengedar rasmi jenama Citroen di Malaysia.
“Pelantikan berkuatkuasa semalam. Pelantikan ini satu lagi langkah ke depan Kumpulan Naza kerana Citroen kaya dengan warisan inovasi dan teknologi maka Naza berbangga dapat mewakili jenama berprestij ini,” kata kenyataan itu hari ini.
PSA Peugeot-Citroën sebelum ini mengumumkan penamatan kontrak lesen francais pengedaran Citroen di Malaysia dengan Brooklands Motors.
Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin melalui kenyataan sama berkata, pihaknya percaya terdapat permintaan yang baik terhadap produk Citroen di Malaysia.
Kata beliau, Kumpulan Naza yakin akan mendapatkan potensi pasaran yang sepenuhnya untuk produk Citroen di negara ini melalui strategi yang tepat.
Tambah beliau, pihaknya akan melancarkan tiga `3s outlet’ di Lembah Klang pada akhir Februari ini dan tiga `3s outlet’ di utara dan selatan tanah air pada bulan depan.
Kata beliau, Kumpulan Naza turut melancarkan `call-centre’ 1-800-222-808 untuk pelanggan Citroen serta akan memperkenalkan beberapa model baharu jemana itu dalam pasaran.

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story