Naza Kia Lancar Rio Terbaru 30 Januari

Naza Kia Lancar Rio

KUALA LUMPUR – Pengedar rasmi kenderaan Kia Motors di Malaysia, Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. (Naza Kia) akan melancarkan kereta segmen B terbaru, Rio pada 30 Januari ini.
Naza Kia memberitahu, Rio baharu itu antara model popular Kia di pasaran antarabangsa dan kemasukannya ke pasaran tempatan dijangka memberi impak positif kepada Naza Kia.
“Tahun 2012 amat baik buat Kia di Malaysia dengan peningkatan jualan sebanyak 13 peratus iaitu 12,309 unit.
“Kami menjangkakan kadar jualan Kia di Malaysia akan berkembang dengan sebahagiannya disumbang oleh Rio baharu ini,” kata Naza Kia melalui satu kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar dalam kenyataan sama berkata, sebanyak 466,826 unit Rio baharu dijual di pasaran antarabangsa dan pihaknya berkeyakinan kejayaan serupa dapat dicatat di Malaysia.
Menurutnya, jualan Rio baharu disasarkan kepada pengguna bawah 35 tahun yang mencari kenderaan gaya hidup muda dan bergaya tetapi tidak berkompromi terhadap penjimatan minyak dan keselamatan. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story