Jutawan Kemekkan Kereta Maserati Miliknya

Jutawan Kemekkan Kereta Maserati Miliknya

Qingdao – Seorang lelaki, mengupah tiga orang untuk meremukkan kereta mewah Maserati miliknya di luar sebuah bilik pameran kenderaan sebagai membantah kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pengedar kereta terbabit.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Wang mengalami kerugian sebanyak £276,000 selepas keretanya kemek akibat dihentak dengan penukul.
Menurut agensi berita Xinhua, pemilik kereta itu tidak berpuas hati kerana dia telah dikenakan upah untuk perkakasan baru, sedangkan ketika dibaiki, mekanik menggunakan peralatan lama.
Wang juga tidak berpuas hati dengan masalah dan kualiti kereta yang dibaikinya di situ.
Dalam usaha menarik perhatian ramai, Wang turut mengarahkan satu protes diadakan di luar Pusat Pameran Kereta Antarabangsa di Qingdao.
“Saya berharap pengeluar kereta antarabangsa akan mengambil berat hal ini dan sedar bahawa pengguna di China juga berhak mendapat perkhidmatan yang setanding dengan jenama kereta berkenaan,’’ katanya.
Wang dikatakan menyimpan kemarahannya dengan pengedar kereta tersebut sejak dua tahun lalu.
Ia bukan perkara pertama kali kes seumpama ini berlaku di China.
Pada 2011, seorang ahli perniagaan dari Qingdao, Han Nan telah mengupah beberapa lelaki merosakkan kereta Lamborghini miliknya yang berharga  $750,000.
Han Nan berbuat demikian selepas bosan dengan mekanik yang gagal membaiki masalah enjin.
Beliau mengambil tindakan itu pada Hari Pengguna Sedunia.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story