TERKINI: Siti Sudah Berangkat New Zealand

Siti Sudah Berangkat New Zealand

Selepas mendapat tahu yang suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) kemalangan semasa menunggang motosikal berkuasa besar di New Zealand, semalam, penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza telah pun berangkat ke sana pada jam 9.30 pagi tadi.
Pengurus kepada penyanyi itu sendiri, Rozie Abdul Razak yang telah memaklumkan kepada portal Murai bahawa Siti telah pun boarding namun dia kurang pasti waktu sebenar penerbangan wanita itu.
“Saya tidak pergi bersamanya. Sebaliknya, dia ke sana bersama dengan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa (Kak Tun) dan Dato Yahya iaitu keluarga angkat keluarga Datuk K.
“Tujuan mereka ke sana bukan saja untuk melawat Datuk K tetapi mereka sedang berusaha membawa beliau pulang ke Malaysia.
“Namun, ia mungkin memakan masa yang lama kerana mereka perlu memohon kebenaran pihak hospital untuk membawa pulang Datuk K,” katanya ketika dihubungi Murai, sebentar tadi.
Rozie turut memberitahu, insiden itu menyebabkan Siti terpaksa membatalkan segala urusan yang berkaitan dengan kerjayanya selama seminggu.
“Begitu juga dengan penglibatan Siti di konsert Banjarmasin.
“Bagaimanapun, konsert tersebut tetap diteruskan cuma hanya Siti saja yang tiada.
“Alhamdulillah, pihak penganjur nampaknya faham dengan situasi yang menimpa Siti,” ujarnya.
Berkongsi cerita, di saat Siti menerima berita itu mereka terus bergegas ke lapangan terbang tanpa membawa sebarang beg pakaian.
“Terus-terang, masa di Banjarmasin, saya terpaksa menahan tangga untuk naiki kapal terbang pulang ke Malaysia kerana flight tersebut sudah hampir hendak berlepas.
“Saya terpaksa memberitahu kakitanya yang ada di situ bahawa ianya adalah kecemasan dan mujur mereka faham,” katanya.
Sementara itu, menerusi akaun Instagramnya, Siti ada memuat naik foto dia bersama Datuk K dengan caption ‘Terlalu merindui..’
Kesian Siti, agaknya sepanjang perjalanan ke New Zealand mesti hatinya tidak senang.
Tabahkanlah hati, semoga semuanya selamat. Insyallah..
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story