Pengalaman yang diperolehnya ketika menyertai misi bantuan ke Gaza membuka pintu hati pelakon, pengarah dan pengacara, Afdlin Shauki untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama termasuk ilmu perubatan Islam.
Kata Afdlin yang merupakan duta Aqsa Syarif iaitu sebuah organisasi sukarela atas dasar kemanusiaan, dia kini lebih banyak menghabiskan masa untuk mencari ilmu.
“Saya sedang mempelajari ilmu perubatan Islam seperti berbekam dan Sunnah-Sunnah Rasulullah SAW. Masyarakat kita kalau ingin berubat cara Islam, tiada tempat khusus yang mereka tujui. Kebanyakkannya hanya berjumpa dengan ustaz yang mereka kenal. Dengan adanya klinik perubatan Islam, ia lebih mudah untuk sesiapa sahaja mendapatkan rawatan,” ujar Afdlin menerangkan bahawa dia hanya ingin membuka klinik tersebut tapi tidak semestinya dia yang merawat pesakit.
Berbicara tentang hijrahnya, Afdlin memberitahu selepas pulang dari Gaza dia bagaikan kehilangan arah kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan dalam hidupnya memandangkan kerjaya Afdlin dalam bidang seni ada yang bercanggah dengan ajaran Islam.
“Selepas berborak dengan seorang ustaz, dia menerangkan bahawa ibadah bukan setakat mendirikan solat lima waktu. Apabila kita berniat melakukan sesuatu kerana Allah, itu juga ibadah. Ustaz tersebut menggalakkan saya untuk teruskan dalam bidang seni, yang penting apa yang kita buat harus niat kerana Allah. Bakat yang Allah bagi ini tidak harus disalah-gunakan,” tambahnya.
Menurut Afdlin, dia lebih rela berhenti berlakon sekiranya harus membawa watak yang mengharuskan dia bersentuhan dengan wanita atau membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan agama.
Sebagai pengarah pula, kata Afdlin dia menonton semula filem-filem arahannya dan mengenal pasti perkara-perkara yang tidak harus dilakukan di masa hadapan. – Gua.com.my
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment