Pelakon Nora Danish mengatakan dia berasa sedikit terkejut apabila pertama kali mendengar nama anak Fasha Sandha dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli iaituPutra Rayfal Ramli yang dilahirkan pada Isnin lalu.
Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Nora berkata, “Alhamdulillah, selamat semuanya. Apapun, saya juga terkejut kerana Fasha dan Rizal menamakan anak mereka hampir sama dengan anak saya, Putra Rayqal Ramli.
“Apapun, kita harap yang terbaik buat semua,” kata aktres yang popular dengan sitkom Puteri ini.
Baguslah begitu, diharapkan hubungan baik Nora dan Fasha kekal buat selamanya dan semoga kedua-dua anak mereka membesar dengan baik, bijak serta sihat tubuh badan.
Oleh: AUDREY LEE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment