Ziana Zain Hos Baru Primadona?

Ziana Zain Hos Baru Primadona?

Program bual bicara kewanitaan yang semakin mendapat tempat di kalangan peminat hiburan tempatan, Primadona dikhabarkan telah menawarkan penyanyi popular, Ziana Zain sebagai salah seorang hos yang bakal diketengahkan pada musim akan datang.
Pada musim pertama, program itu menampilkan empat pengacara wanita iaitu Ziela Jalil, Raja Azura, Erra Fazira dan Rozita Che Wan.
Seperti mana yang semua sudah sedia maklum, nama Ziela Jalil telah digugurkan oleh pihak produksi dan berikutan itu nama Ziana kini disebut-sebut bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh penerbit drama popular itu.
Bercakap kepada Berita Harian, “saya dengar mereka ada membuat rombakan dan kita tunggu sajalah apa keputusannya. Saya pun ada dipanggil, tetapi saya masih menunggu panggilan berikutnya dan belum tahu jawapannya lagi.
“Saya sendiri sukakan rancangan Primadona sebab ia berkisar mengenai wanita. Ia berbicara mengenai dunia kecantikan, fesyen, kisah peribadi dan segala-galanya ada kena-mengena dengan wanita. Saya pula jenis suka berkongsi dan memang suka bercakap,” jelas Ziana lagi.
Nampaknya makin murah rezeki Ziana dan baru-baru ini pun dia baru sahaja dilantik sebagai duta sebuah produk penjagaan wajah terkenal iaitu Safi Rania Diamond.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story