LONDON – Dari London ke Sochi dan ke Rio de Janeiro, kejadian serangan bom yang meragut nyawa di Maraton Boston semalam merebakkan kebimbangan baru terhadap keselamatan dalam acara sukan dunia termasuk menjelang Olimpik dan bola sepak Piala Dunia.
Dua letupan bom ketika garis penamat di Maraton Boston yang membunuh tiga orang manakala lebih 170 lagi cedera kini terarah kepada menjelang acara Olimpik Musim Sejuk di Sochi, Russia, tahun depan, Piala Dunia 2014 di Brazil dan Sukan Musim Panas 2016 di Rio.
“Kami amat prihatin,” kata anggota kanan Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) Gerhard Heiberg dari Norway memberitahu The Associated Press.
“Soal keselamatan adalah perkara utama, tiada siapa boleh mempersoalkannya,” katanya.
Malah, menjelang Marathon London, minggu ini, aspek keselamatan amat menjadi perhatian utama kerana acara ini menarik lebih 30,000 pelari dengan setengah juta adalah penonton.
Penganjur Maraton London berkata, pihaknya melihat semula aspek persediaan keselamatan untuk larian Ahad ini.
Ia adalah satu darpada enam maraton utama dunia dan perlumbaan itu tetap diteruskan seperti dijadualkan. – AP
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment