Zain Saidin: Undi Adalah Rahsia Saya

Zain Saidin

20 April ini secara rasminya kita bakal mengetahui siapakah wakil-wakil calon yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke 13 pada kali ini.
Ada yang sudah memberikan sokongan terbuka kepada calon yang bakal bertanding nanti. Ada juga yang masih mahu menyimpan rahsia tentang calon manakah yang bakal dipilihnya nanti.
Hal ini turut sama diakui oleh Zain Saidin yang kini umum mengetahui beliau sedang hangat bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan. Katanya siapa yang akan dipilih nanti biarlah ianya menjadi salah satu rahsia dalam hidupnya.
Jelasnya juga “Sebenarnya saya ni jenis yang berahsia jugalah. Begitu juga dengan PRU 13 pada kali ini. Individu manadan parti mana yang bakal saya pangkah nanti biarlah ianya menjadi rahsia bagi saya. Cuma apa yang diharapkan pada kali ini adalah yang terbaik buat rakyat Malaysia pada Pilihanraya kali ini.”
“Saya juga berharap selepas Pilihanraya kali ini nanti segala masalah dalaman yang boleh menganggu gugat kestabilan negara seperti sering berdemostrasi dapat di kurangkan supaya kesejahteraan rakyat terjamin,” kata Zain.
Sumber: Buahmulut

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story