Pengacara rancangan The Breakfast Show, Aishah Sinclair menyatakan keinginannya untuk kembali menjejakkan kaki ke bumi Gaza lagi selepas berkesempatan ke sana baru-baru ini.
Aishah juga turut menceritakan pengalamannya sepanjang di sana di mana dia dan krew terlibat dilayan bagai orang kenamaan oleh penduduk di Gaza.
“Kami disambut meriah seperti orang kenamaan. Layanan mereka sungguh baik. Saya kagum dengan semangat mereka kerana mampu teruskan kehidupan seolah-olah tiada apa yang berlaku,” katanya yang dipetik menerusi portal Gua.
Selain itu, Aishah turut menyatakan sering kedengaran bunyi tembakan di sana tetapi ianya bukan berbentuk serangan atau sebagainya, sebaliknya ia merupakan latihan yang sedang dijalani oleh para tentera Palestin.
Pengacara kacukan Melayu-Inggeris ini turut menyeru semua rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza kerana penduduk di negara itu tiada peluang pekerjaan dan hidup mereka bergantung sepenuhnya pada sumbangan daripada organisasi sukarela dan kerajaan.
“Ini bukan soal agama tapi kemanusiaan. Sesiapa saja boleh membantu. Sekiranya ada peluang ke Gaza, jangan lepaskan peluang itu,” kata Aishah lagi.
Oleh: AUDREY LEE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment