Pengundi Wanita Lebih Ramai Berbanding Lelaki

Pengundi Wanita Lebih Ramai Berbanding Lelaki

PUTRAJAYA – Statistik Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bulan depan menunjukkan pengundi wanita lebih ramai berbanding lelaki.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah pengundi wanita ialah seramai 6,664,474 (50.23 peratus) manakala pengundi lelaki 6,603,528 (49.77 peratus).
“Negeri tertinggi bilangan pengundi wanita ialah Kedah, diikuti Perlis dan Kelantan,” katanya pada sidang akhbar mengenai hari penamaan calon, di sini Khamis.
Sementara itu, beliau menasihati pengundi supaya tidak membenarkan mana-mana pihak melihat kad pengenalan masing-masing, kecuali semasa di pusat pengundian.
“Pada hari pengundian, hanya pegawai SPR yang dilantik sahaja berhak meminta kad pengenalan. Jangan beri kepada sesiapa selagi belum sampai di pusat pengundian walaupun mendakwa dia pegawai SPR,” katanya.
Beliau mengulas laporan mengenai terdapat pihak tertentu yang dikatakan mahu menganggu proses pengundian dengan meminta pengundi menunjukkan kad pengenalan masing-masing.
SPR turut menegaskan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menimbulkan kekacauan itu, katanya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story