Penyanyi Aliff Aziz memohon agar dirinya tidak lagi dikaitkan dengan penyanyi cantik kelahiran program Akademi Fantasia iaitu Adira Suhaimi.
Sebelum ini, Mynewshub pernah menulis mengenai Aliff yang berkeadaan seolah-olah patah hati dengan seorang gadis yang amat disayanginya berikutan pelbagai status luahan emosi yang ditulisnya menerusi laman sosial Twitternya.
Menerusi Media Hiburan, Aliff menyatatkan, “kalau boleh jangan kaitkan saya dengan Adira. Saya sudah tidak mahu sebarang cerita-cerita kami diungkit lagi. Cukup sampai di sini sahaja dan saya mahu serius dalam kerjaya dan mengulangi zaman kegemilangan saya”.
Gosip mengatakan Aliff dan Adira bercinta tersebar selepas kedua-duanya dilihat memakai cincin yang sama sekali gus ramai pihak mengandaikan pasangan selebriti itu sedang dilamun cinta.
Penyanyi kelahiran Singapura itu sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon Anne Ngasri namun hubungan mereka nyata tidak berkekalan lama selepas Anne mengambil keputusan bernikah dengan duda yang berasal dari Johor pada Disember tahun lalu.
Oleh: AUDREY LEE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment